Drama My Lovely Driver | Sinopsis dan Review

Hai korang, drama menarik sudah mula ditayangkan, Drama My Lovely Driver di saluran tv3. Drama romantik komedi ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti Hisyam Hamid dan juga Trisha Ooi.

Sebenarnya aku ingat yang drama ini sudah ditayangkan tapi rupanya baru di tayangkan. patutlah ramai yang tak sabar menantikan drama tv3 ni kan.

Lama juga tak nampak drama lakonan hisyam hamid dekat tv kan. Kalau drama Trisha rasanya ada juga sebelum ni tapi tak pa, sebab ini merupakan gandingan sweet mereka berdua. 


pelakon Drama My Lovely Driver



Info dan Pelakon Drama


Disebabkan ramai yang sudah tahu mengenai my lovely driver ni, jadi kami nak kongsikan sedikit maklumat mengenai cerita ini ya.

Yang pertama, drama ini mula ditayangkan sejak 16 februari 2024 dan sedang di tayangkan di saluran tv3. Waktu tayangnya pula adalah pada setiap hari Isnin hingga Jumat jam 7 malam.

Yang kedua adalah drama ini merupakan drama arahan Ayie Mustafa dan hasil karya Lynnda Sharudin. Gabungan dua individu hebat yang menghasilkan karya yang hebat.

Yang ketiga adalah pelakon yang terlibat dalam drama ini adalah Hisyam Hamid sebagai Adly, Trisha Ooi sebagai Sam (Samsiah), Razzuan Rosli sebagai Don.

Selain itu kita juga ada pelakon Silfeny Osman sebagai Intan Zara, Sefik Khair sebagai Ben, Faye Kusairi sebagai Mira, Sera Melissa sebagai Jojo, Izzendra sebagai Aini dan Kween Keela sebagai Effa.

Drama ini turut di bintangi pelakon seperti Azza Elite sebagai Rohani, Ameerul Asyraf sebagai Mike,Wanns Ahmad sebagai Benji,Affizy Khairy sebagai Johan dan Wan Raja sebagai Azman


Sinopsis

Jalan cerita dan juga sinopsis my lovely driver yang mengisahkan tentang Adly. Diayang masih trauma dengan kejadian kemalangan yang dialaminya lima tahun lepas dan melibatkan kematian seorang wanita. 


Kejadian ini menyebabkan dia sukar untuk memandu dan menyebabkan Adly menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk kemana-mana sahaja. 


Ketika Adly ingin menggunakan khidmat pemandu kereta sendiri itu, dia juga telah berkenalan dengan Sam. Sam mempunyai banyak tanggungan di rumah, termasuk tanggungjawab untuk melunaskan hutang arwah ayahnya sehingga dia terpaksa mencari kerja tambahan. 


Sam tekad untuk menambah pendapatannya dan tidak boleh hanya bergantung kepada perniagaan atas taliannya. Jojo (Sera Melissa) memberi sokongan kepada Sam untuk menjadi pemandu E-hailing sepenuh masa sementara Jojo membantu perniagaannya.


Pertemuan pertama Adly dan Sam sebagai pemandu dan penumpang bagaikan sebuah takdir untuk mereka apabila Adly berasa selesa dengan kehadiran Sam dalam hidupnya. 


Dia telah mengupah Sam untuk menjadi pemandu peribadinya dan di samping itu Adly juga dapat mempelajari lebih banyak mengenai perniagaan daripada Sam. 


Adakah akan ada sesuatu di antara mereka? Dapatkah Adly pulih daripada trauma dengan kehadiran Sam?

Sedutan drama



Episod Penuh Cerekarama


Selamat menonton. Sediakan tisu sekali tau. hehe


Penutup


Ramai yang suka menonton drama ini sebab memberi banyak pengajaran kepada kita dan juga banyak membuatkan penonton gelak ketawa dan tersenyum sendiri.

Bukan mudah menjadi melupakan kesalahan kita tetapi dalam cerita my lovely driver ini membantu kita memahami bagaimana manusia masih mempunyai peluang untuk meminta maaf. 

Bagi korang yang belum tonton cerita ini, jangan lupa saksikan di saluran tv3 pada hari isnin hingga jumaat jam 7 malam.


Previous Post Next Post