AJL38 : Afieq Shazwan Ganti Datuk Jamal Abdillah

Berita terkini,  Afieq Shazwan Ganti Datuk Jamal Abdillah selepas penyanyi lagenda itu menarik diri dari ajl 38 kerana rasa tidak puas hati terhadap penganjur majlis anugerah terrsebut.


Kenyataan rasmi telah dikeluarkan selepas perbincangan di antara Datuk Jamal dan Ezra Kong. 


“Setelah berbincang dengan pencipta lagu Ku Cuma iaitu Ezra Kong, FMC Music telah bersetuju untuk menamakan penyanyi Afieq Shazwan sebagai penganti Datuk Jamal untuk berduet bersama Wany Hasrita dipentas akhir Anugerah Juara Lagu nanti.


Afieq Shazwan Ganti Datuk Jamal Abdillah



“Keputusan pemilihan ini dibuat berdasarkan kredibiliti dan kemampuan Afieq. Kami yakin Afieq mampu memberikan persembahan dan kerjasama yang baik dengan Wany Hasrita,” maklum FMC dalam satu kenyataan kepada media mengenai Afieq Shazwan Ganti Datuk Jamal Abdillah.


Pengarah Urusan FMC Music iaitu C. F. Ho berkata 


“Dengan ini kami FMC Music, syarikat yang menerbitkan lagu Kucuma mengesahkan bahawa Datuk Jamal Abdillah telah menarik diri dari menyertai Anugerah Juara Lagu untuk tahun ini.


“Keputusan itu dibuat setelah mendapat persetujuan bersama antara pihak Datuk Jamal, pihak penerbitan dan FMC Music mewakili pencipta lagu.


"Pihak kami tidak dapat berbuat apa apa jika keputusan itu telah dibuat sendiri oleh Datuk Jamal dan dipersetujui oleh pihak penerbitan.


“Sebelum itu Datuk Jamal sendiri ada memberitahu saya untuk menarik diri, namun saya mencadangkan agar Datuk Jamal memaklumkan sendiri pada pihak penerbitan AJL kerana perkara ini terletak di luar bidang kuasa kami selaku syarikat yang menerbitkan lagu,” jelasnya.


Post a Comment

Previous Post Next Post