Cinta Cheese Cake Leleh : Sinopsis dan Review

Atas permintaan ramai, telefilem cinta cheese cake leleh di tayangkan di saluran RTM pula. Sebelum ini ia ditayangkan di saluran TV Okey yang juga merupakan rangkaian rtm juga.


barisan pelakon yang terdiri daripada Afifah Nasir dan Hafreez Adam sebagai pelakon utama telefilem ini. bagi yang tak tahu, cerita ini ditayangkan kali pertama pada 5 Februari 2023.


Afifah Nasir juga pernah membintangi drama haloba yang ditayangkan di tv3 yang mana dia mendapat pujian dari penonton drama tersebut.


Untuk tahun 2024 pula, telefilem ini ditayangkan pada 17 FEBRUARI 2024 di saluran TV1.



Cinta Cheese Cake Leleh : Sinopsis dan Review



Sinopsis


Cinta Cheese Cake Leleh ini mengisahkan tentang Zara seorang peminat kek cheese jatuh hati dengan kek keju yang dijual di kedai Hakimi sehingga setiap hari dia datang untuk membeli kek tersebut. 


Zara juga semakin rapat dengan Hakimi apabila mengetahui Hakimi pembuat kek tersebut.


Di pejabat, Zara selalu memarahi Zarif yang selalu membuat kesilapan membuat kerjanya. Tidak lama kemudian hubungan mereka semakin rapat dan Zara terkejut apabila mengetahui Zarif pandai membuat kek. 


Zara memberitahu Zarif yang kek keju yang dijual di kedai Hakimi adalah tersedap yang pernah dia rasa.


Info dan Pelakon


Setiap cerita tidak hanya kuat dengan jalan ceriitaannya sahaja tetapi juga pelakon yang hebat menguatkan lagi jalan cerita ini.


Cinta Cheese Cake Leleh : Sinopsis dan Review


Produksi : GSR Production

Siaran : TV Okey

Tayangan : 5 Februari 2023

Masa : Ahad | 2.30 Petang

Afifah Nasir, Hafreez Adam, Anis Al-Idrus, Mustaqim Bahadon dan Syaffiq Sahli merupakan barisan pelakon hebat yang menguatkan jalan cerita dalam cinta cheese cake leleh.

Hafreez adam pernah membintangi cerekarama matahari tak bercahaya dan dalam cerita itu dia berjaya membawa watak dengan penuh penjiwaan yang sangat baik.

Review


Memandangkan cerita ini sudah ditayangkan aku boleh katakan yang cerita ini penuh dengan komedi dan juga percintaan. Ia bukan cerita cinta biasa tetapi penuh dengan pengajaran berguna kepada kita semua.


aku bagi 4 bintang daripada 5 tau dan agak tinggi untuk satu telefilem melayu. 


penutup

Bagi anda yang belum tengok lagi jangan lupa untuk tonton cinta cheese cake leleh yang ditayangkan di rtm 1 ini pada 18 februari 2024. pasti korang tak kering gusi melihat telatah pelakon-pelakon hebat dalam cerita ini tau. 




Previous Post Next Post