Tolong Berkorban sehingga Olimpik Paris 2024

Sukan Olimpik bakal bermula pada bulan julai tidak lama lagi. Sudah pasti ramai atlet negara sedang berusaha meningkatkan prestasi mereka. Ini pula nasihat Lee Chong Wei kepada atlet badminton menjelang kejohanan Olimpik Paris 2024 tidak lama lagi. Chong wei yang juga merupakan bekas lagenda badminton negara meminta atlet sukan itu berkorban.


Kata chong wei, masa sudah semakin suntuk dan hanya beberapa bulan sahaja lagi sebelum aksi pertama bermula. Sukan Olimpik Paris merupakan sukan yang penting buat skuad badminton negara dalam memburu emas pertama negara.


Tolong Berkorban sehingga Olimpik Paris 2024



Sebelum ini juga chong wei tegas menegur atlet badminton yang hambar di kejohanan-kejohanan besar pada januari baru-baru ini.


Chong wei berkata kepada media menurut Harian Metro; 


"Saya harap pemain boleh berkorban untuk tempoh beberapa bulan ini, kempen kelayakan (ke Olimpik) juga masih ada kira-kira empat bulan. Harap mereka dapat bangkit daripada tiga kejohanan lalu dan fikirkan semula mengapa mereka tak dapat beraksi dengan baik.


"Selepas Terbuka Malaysia, saya sudah komen (pemain) bukan tak boleh bercuti, boleh, tapi kena tengok pada masa. Ada yang marah saya kerana teguran itu tetapi ia berdasarkan kepada pengalaman karier saya sepanjang 19 tahun di BAM (Persatuan Badminton Malaysia). Kita boleh bercuti tapi kena tengok masa kerana tahun ini ada Olimpik.


"Selepas anda menang (emas) Olimpik, anda mahu cuti satu tahun pun boleh. Ini (memenangi emas) adalah impian untuk diri sendiri dan juga rakyat Malaysia sebab kita tak pernah lagi menang emas pertama (di Olimpik).


"Pengorbanan untuk berlatih, berehat dan bersama keluarga selama enam bulan ini amat penting. Saya tahu keluarga sangat penting tapi pihak keluarga juga perlu faham tempoh ini adalah detik paling penting untuk pemain itu," katanya


"Masa emas atlet terlalu singkat, mungkin hanya 10 atau 12 tahun saja. Mungkin anda boleh beraksi pada Olimpik kali ini tetapi tidak untuk Olimpik seterusnya. Mungkin juga anda dapat beraksi dua Olimpik berturut-turut tetapi tidak untuk Olimpik ketiga," katanya.


Previous Post Next Post