Safawi Rasid Anggap Son Heung Min Manusia Biasa

Itulah yang diluahkan oleh pemain kebangsaan, Safawi Rasid mengenai strategi mengikat Son dalam perlawanan Malaysia vs Korea Selatan pada esok hari. Safawi yang pernah ayam-ayamkan son heung min dalam Sukan Asia 2018 dulu bakal sekali lagi bertemu dengan pemain yang berpangkalan di eropah itu.


Safawi Rasid Anggap Son Heung Min Manusia Biasa



Safawi yang tidak menafikan Son adalah pemain terbaik namun safawi berkata Son juga mempunyai limit kerana dia manusia biasa.


"DIA pun manusia biasa, saya berasa kelebihan kita sebab kita bertahan dan dia menyerang." I


"Semua orang tahu Son (Heung-min) adalah pemain terbaik. Saya sebenarnya suka bercakap dengan rakan sepasukan sebab saya tahu kalau satu lawan satu mungkin dia (Heung Min) boleh (lepas), tetapi kalau dua lawan satu atau tiga lawan satu mungkin dia boleh (dikekang).


"Dia pun manusia biasa, saya berasa kelebihan kita sebab kita bertahan dan dia menyerang. Saya percaya dengan rakan sepasukan dan barisan jurulatih," katanya ketika ditemui di hotel penginapan pasukan di sini, hari ini.


Skuad negara bawah 23 juga pernah mengalahkan pasukan korea selatan bawah 23 tahun dengan jaringan 2-1 dalam aksi piala asia 2018 yang mana Safawi merupakan penjaring dua gol dalam kejohanan tersebut.


Malaysia akan menentang pasukan Korea Selatan bagi aksi terakhir peringkat kumpulan E sebelum pulang ke tanah air. Harimau Malaya di sahkan tidak layak ke pusingan seterusnya selepas kalah dua perlawanan peringkat kumpulan.


Namun, mereka masih menebus kekecewaan itu dengan sekurang-kurangnya mengikat korea selatan dengan keputusan seri. Semoga misi ini berjaya. Ayuh Harimau Malaya!

Post a Comment

Previous Post Next Post