Tok Ram Dedah Berapa Peserta Akan ke Final Allstar Gegar Vaganza

Hanya satu minggu berbaki sebelum ke pentas final allstar gegar vaganza. Pasti ramai yang nak tahu berapa orang peserta yang akan layak ke final.


Kalau kita throwback balik. Masa GV7 dulu kita ada 14 orang peserta dan 7 orang Finalis. Kalau GV biasa dengan 12 orang peserta akan ada 6 finalis. 


Tok Ram Dedah Berapa Peserta Akan ke Final Allstar Gegar Vaganza



Kali ini kita ada 16 orang peserta adakah 8 orang finalis akan beraksi nanti? Jika YA, adakah minggu ini tiada penyingkiran akan berlaku.


Ketika ditanya kepada ketua juri Tok Ram berkata yang konsert final akan berlangsung selama 3 jam. jadi kena ada 'banyak konten' ketika itu.


Dalam permahaman admin, konten tersebut bermaksud ramai finalis akan buat persembahan. Jadi kemungkinan 8 orang akan ke final nanti. 


"Saya dengar konsert akhir nanti akan berjalan kira-kira tiga jam. Oleh itu, perlu ada banyak kandungan dalam episod rancangan itu. Selain itu, orkestra muzik yang menyertainya sangat besar," dedahnya semasa sidang media konsert kesembilan GV pada Ahad.


"Tapi berapa jumlah peserta (finalis akhir), saya tidak boleh beritahu. Walaupun saya tahu sebenarnya, tetapi saya tidak dapat beritahu anda," tambahnya.


Tak sabar pula nak tahu berapa ramai peserta final nantikan. jangan lepaskan peluang untuk menonton konsert separuh akhir allstar gegar vaganza pada hari ahad ini ya.


Post a Comment

أحدث أقدم