Nabil Terkejut Kak Lina Undur Diri Allstar Gegar Vaganza 2023

Selepas pengumuan dari pihak Astro mengenai pengunduran Hos mereka Kak Lina atau nama sebenarnya Elly Mazlein. Nabil ahmad yang juga pengacara bersama dengan kak lina mlahirkan rasa terkejutt apabila mendapat berita tersebut.

Kata nabil seperti yang dilaporkan oleh gempak.com mengatakan yang dia mendapat berita itu menerusi artikel yang dikeluarkan pihak astro. 

baca juga : Kenyataan rasmi pengunduran Elly Mazlein.


Nabil Terkejut Kak Lina Undur Diri Allstar Gegar Vaganza 2023


Respon Nabil selepas Elly Mazlein Tinggalkan GV


Nabil berkata;.

“Saya pun baru saja tahu bila tengok Instagram ada berita fasal Kak Lina undur diri… katanya sebab peribadi. Saya sendiri tak tahu apa-apa… jadi tak tahu nak komen apa, tak terkata.

“Dia pun tak ada hubungi saya atau berkata apa-apa mengenai keputusan itu. Minggu lalu kami bekerja pun macam biasa saja. Bila dapat tahu berita ini, tertanya-tanya juga… macam mana ini kan.

“Agak sedih bila tahu sebab yela tahun lalu kami sama-sama hos dan tahun ini baru tiga minggu bekerjasama. Mungkin Sabtu ini la kot baru pihak produksi kongsi cerita,” katanya ketika dihubungi Gempak.

--

Ini juga merupakan perkara yang mengejutkan peminat-peminat gegar vaganza. Walaupun dari awal lagi ada segelintir peminat yang tidak gemar dengan kemunculan kak lina pom pom bersama dengan Nabil dan Jihan. 

Namun masih ramai yang menyukai gandingan mereka yang sudah mula menunjukkan keserasian mereka pada minggu ketiga tbaru-baru ini. Hormat dengan keputusan yang telah dibuat dan mungkin ia sudah difikirkan terlebih dahulu sebelum di umumkan.

Post a Comment

Previous Post Next Post