RASMI! Elly Mazlein tinggalkan Allstar Gegar Vaganza 2023

Terkejut dengan berita ini. selepas membaca artikel yang dikeluarkan oleh gempak sebentar tadi. Aku boleh katakan kali ini macam betul Elly Mazlein akan tinggalkan gegar vaganza secara rasmi. Sebelum ini Elly mazlein juga sudah pernah membuat pengumumann sebegini tetapi hanya di IGnya sahaja. tetapi kali ini pihak astro sendiri keluarkan kenyataan ini.


RASMI! Elly Mazlein tinggalkan Allstar Gegar Vaganza 2023


Dalam kenyataan dalam gempak.com berbunyi

"Setelah memberi pertimbangan secara teliti, dengan rasa berat hati Astro dan Kak Lina (Elly Mazlein) ingin mengumumkan pengunduran Kak Lina dari program All Stars Gegar Vaganza atas hal-hal peribadi. Walaupun berasa sedih, Pihak Astro menghormati keputusan yang diambil.

“Pihak Astro ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Lina atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza. 

Pastinya para peminat Kak Lina masih berkesempatan untuk menonton personaliti yang disayangi ramai menerusi program-program Astro yang akan datang,” kata Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad.


Kak Lina juga memohon maaf sebab tak dapat teruskan mengacara atas sebab-sebab peribadi.

“Kak Lina mohon maaf kerana tidak dapat meneruskan mengacara All Stars Gegar Vaganza atas sebab-sebab peribadi. Kak Lina ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong Kak Lina sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza. 

Sesungguhnya Kak Lina amat menghargainya. InsyAllah, kita doakan rancangan All Stars Gegar Vaganza terus berjaya dan Kak Lina berharap agar peminat-peminat kekal menyokong semua bintang GV yang bertanding,” kata Kak Lina.

Jadinya, Hanya tinggal Nabil dan juga Jihan Muse akan terus mengemudi konsert Allstar gegar vaganza 2023 pada minggu hadapan. Nantikan kemaskini daripad aku ya.

Post a Comment

Previous Post Next Post