Nabil dan Jihan Ucap Terima Kasih Untuk Kak Lina

Kalau korang perasan, dalam pembukaan konsert allstar gegar vaganza 2023 minggu yang keempat baru-baru ini. Nabil dan Jihan ada membuat satu ucapan terima kasih kepada Kak Lina Pom Pom yang secara rasmi meninggalkan stage berkenaan.


Nabil dan Jihan Ucap Terima Kasih Untuk Kak Lina



Mula-mula orang ingat gimik tapi lepas tu betul-betul rupanya kak lina tinggalkan GV. Dalam minggu kedua memang ada ura-ura yang Kak lina akan tinggalkan GV. Tak sangka juga secepat itu.


Nabil dan Jihan berkata; 


“Terima kasih Kak Lina telah bersama Gegar Vaganza selama tiga minggu. Kami doakan yang terbaik buat anda,” ujar Nabil dan Jihan saat membuka tirai ASGV minggu keempat.


Namun sekarang ini ada isu lain pula apabila luahan kak lina dalam instagram nya menimbulkan tandatanya mengenai status hubungan 3 orang pengacara ini. 


baca juga : Kak Lina Sindri siapa tu?


Sebagai rekod Nabil dan jihan memang sudah lama mengendalikan GV ini sejak 2014 lagi. cuma tahun lepas, Elly mazlein menggantikan Jihan atas sebab jihan berehat kerana melahirkan anak keduanya.


Jadi kita harap hubungan mereka kembali jernih selepas ini dan tidak belarutan dengan lebih lama. Tak syok tengok orang bergaduh-gaduh ni kan.


Post a Comment

Previous Post Next Post