Elly Mazlein Sindir Siapa tu?

Sewaktu konsert allstar gegar vaganza 2023 berlangsung pada ahad. Elly Mazlein atau lebih senang disebut sebagai Kak Lina meluahkan sesuatu di Instargam miliknya dan luahan tersebut telah viral dan mula mencetuskan tanda tanya.

Netizen pun hairan dalam memikirkan apa yang diluahkan kak lina dalam insta story tersebut. Luahan tersebut berbunyi 


Elly Mazlein Sindir Siapa tu?


"Kadang-kadang kita terpaksa melupakan tanggungjawab kita sebab niat saya baik untuk memberi laluan kepada orang yang 'gentar' untuk melakukan kerja.


"Jangan gaduh fasal rezeki. Allah dah susun yang terbaik untuk kita semua. Mengalah tak semestinya kita kalah, tapi kita ambil keputusan melepaskan untuk tenang dan memilih bahagia," tulisnya.


"Kita dah elok-elok senyap, rakan pulak sengaja mengusik untuk kita cakap benda busuk bangkai ini.


"Menghukum orang tak habis-habis, supaya diri nampak terpaling baik. Makin terselah kelucuan.


"Walaupun sehebat mana pun kita , jangan bersikap sombong dan ingat usul," tulisnya lagi.

Isunya bermula selepas kak lina mengumumkan yang dia secara rasmi meninggalkan konsert allstar gegar vaganza sebagai hos dan tidak lagi mengendalikan rancangan tersebut bersama-sama dengan jihan dan Nabil.

--

Netizen pula ada yang memetik nama Jihan sebagai faktor kak lina meninggalkan gv 2023 ini dan pada masa yang sama netizen mengatakan "is shaking " yang dimaksudkan itu adalah jihan. 

tetapi sampai sekarang masih belum diketahui siapakah gerangan manusia yang dimaksudkan dalam posting Kak Lina tersebut.

Cumanya minggu keempat ini, kita nampak gandingan Nabil dan Jihan lebih teratur dan tidak terlalu serabut jika dibandingkan dengan sebelum ini. Mungkin juga faktor 3 hos agak jarang dilakukan di Malaysia dan ia menjadi bahan uji kaji untuk program-program yang lain.

Apa-apa pun, kita harap isu ini diselesaikan dengan cara yang baik dan happy. Diorang pun bukan orang lain, kawan-kawan sendiri juga kan. semoga ada sinar disebalik pergaduhan ini.


Post a Comment

Previous Post Next Post