Sinopsis Drama Aku Hanim

Drama terbaru, Aku Hanim menceritakan tentang kisah seorang wanitta yang lari daripada rumahnya selepas di dera oleh bapanya. Dia nekad berdikari dan mengelak dari didera. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Sofia Dendroff, Jaz Khan, Elisya Sandha dan Razzuan Rosli. Drama aku hanim ini diarahkan oleh Uzair Haqimy dan merupakan idea asal Shiela Rusly.


Drama Aku Hanim

Korang juga boleh baca sinopsis drama luruhnya bunga cinta yang bakal ditayangkan di saluran tv3 tidak lama lagi tau.


Sinopsis Aku Hanim

Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama hanim. Dia nekad melarikan diri daripada rumahnya selepas didera oleh bapanya secara seksual.

Kemudian dia menyertai pertandingan tinju untuk menunjukkan kehabatannya yang sebenar. Banyak halangan yang ditempuhi hanim sebelum menjadi peninju hebat.

Dapatkah Hanim berjaya selepas keluar dari rumah tersebut? sama-sama kita saksikan.

Info

Drama aku hanim ini mempunyai 16 episod keseluruhannya dan mula ditayangkan sejak 6 september 2023 yang lalu. Waktu tayangannya pula adalah pada setiap hari rabu dan khamis jam 9 malam di saluran Astro Ria.


Rangkaian: Astro Ria / Astro GO

Idea Asal: Puan Hjh Sheila Rusly

Penulis Skrip: Ayuni Zamani

Pengarah: Uzair Haqimy


Pelakon

Barisan pelakon aku hanim ni memang hebat. sebab ia merupakan gabungan pelakon lama dan baru. Berikut merupakan senarai pelakon dalam cerita ini dan watak yang mereka lakonkan.


  • Sofia Dendroff sebagai Hanim
  • Elisya Sandha sebagai Cobra Natalia
  • Jaz Khan sebagai Syakir
  • Syaidatul Afifah sebagai Zara
  • Razzuan Rosli sebagai Nick The Bulldog
  • Zizi Zulkifli sebagai Laila
  • Haeriyanto Hassan sebagai Sabri
  • Norreen Iman sebagai Hazo
  • Andy Teh sebagai Budi

Penutup

Akhir sekali, jangan lupa untuk menonton drama ini yang sudah mula ditayangkan pun. jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton cerita yang best ini.. 

Previous Post Next Post