Drama Luruhnya Bunga Cinta

Sebuah drama baru bertajuk luruhnya bunga cinta akan mula ditayangkan tidak lama lagi. Yang menariknya ia akan ditayangkan di slot akasia menggantikan drama rajuk kirana tau. Untuk pengetahuan korang juga, drama luruhnya bunga cinta ini merupakan drama adaptasi dari drama korea bertajuk Autumn in my heart tau.


Drama Luruhnya Bunga Cinta


Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta 

Untuk pengetahuan korang, Luruhnya Bunga Cinta mengisahkan seorang lelaki dan juga seorang perempuan. si lelaki bernama Nuh manakala si perempuan bernama Nuha.

Kehidupan mereka dari awal sudah kacau bilau. ketika kecil, Nuh secara tidak sengaja menjatuhkan kad nama adiknya sehingga menyebabkan adiknya tertukar dengan saudara kandungnya sendiri.

**maksudnya, Nuha bukanlah adik Nuh yang sebenar..

Merekaa membesar tanpa mengetahui rahsia berkenaan. Nuha menjadi pelajar yang terekenal di sekolah dan mengundang sifat dengki daripada rakannya bernama Aara.

Siapa pula Aara ni. Dia ni pelajar yang pandai tetapi sering diabaikan oleh cikgu di sekolah. Status Nuha terbongkar apabila dia mahu menderma darah kepada seseorang.

dari situlah terbongkarnya siapa Nuha. Dapatkah hubungan mereka di selamatkan?

Info dan pelakon

Drama Luruhnya Bunga Cinta ini mempunyai 40 episod keseluruhannya dan akan mula disiarkan pada 19 September 2023 di saluran TV3.

Episod: 40

Tarikh Tayangan: 19 September 2023

Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3

Penulis Skrip: Intan Zarina Mohd Yasin

Pengarah: Muhamad Riza Baharudin

Produksi: Global Station Sdn Bhd


Dalam drama pasti tidak lengkap kalau tak ada pelakon dan watak yang mereka lakonkan. Barisan pelakon luruhnya bunga cinta ini terdiri daripada pelakon hebat. Antaranya adalah


  • Redza Rosli sebagai Nuh
  • Tracie Sinidol sebagai Nuha Hamisya
  • Nabila Razali sebagai Sarah
  • Auni Yusri sebagai Aara
  • Iman Suhana sebagai Khalsom
  • Bella Hanna
  • Aniq Durar
  • Shah Rezza
  • Laila Nasir
  • Eizlan Yusof
  • Zila Bakarin
  • Watie Sadali
  • Raja Azmi 
  • Hafiz Halim

Akhir sekali, jangan lupa untuk saksikan episod pertama luruhnya bunga cinta ini yang akan mula ditayangkan tidak lama lagi tau. Pasti jalan cerita dia menarik dan tidak membosankan anda. Selamat menonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post