Drama Pemburu Rahsia Lakonan Intan Najuwa dan Adam Lee

Drama pemburu Rahsia merupakan sebuah drama yang ditayangkan di saluran TV3 dan juga saluran penstriman kesukaan ramai iaitu Tonton.com.my. Antara pelakon yang terlibat dalam cerita ini adalah intan najuwa dan juga adam lee. Kedua-dua membawa watak yang hebat dalam drama bergenre suspen thriller ini.

Ada drama baru yang ditayangkan di tonton.com tau, Tumpat berdarah. Kalau korang belum tengok dan baca sinopsis korang boleh cari dalam blog ni ya.


Sinopsis Pemburu Rahsia.

Cerita pemburu rahsia ini mengisahkan tentang  Marissa Damia Nordin. Dia merupakan seorang gadis dan juga influencer yang ditemui mati di dalam sebuah kolej. Dia diakatakan ttelah membunuh diri dengan terjun tingkat tujuh bangunan berkenaan.


Drama Pemburu Rahsia Lakonan Intan Najuwa dan Adam Lee


Sebelum bunuh diri, dia sempat membuat live sambil menangis. 

Ramai yang menganggap punca depresi membuatkan damia mati. Kakaknya yang tinggal di luar negara ambil keputusan untuk pulang ke Malaysia dan mencari jawapan mengenainyya.

Tidak lama kemudian, Aliya iaitu kakak damia mendapat mesej yang mendedahkan apa yang berlaku.  Dalam mesej tersebut juga dinyatakan orang yang membuli damia. Aliya geram dan mahu mereka itu bertanggungjawab.

Namun sebenarnya Aliya tidak sedar yang dirinya diperhatikan dan bila - bila masa sahaja nyawanya juga boleh melayang. Dapatkah aliya mencari siapakah pemburu rahsia tersebut?

Kalau korang nak tahu, kenalah tengok cerita ni sampai habis tau.

Info

Bagi yang tidak tahu, drama pemburu rahsia ini mempunyai 15 episod dan mula ditayangkan sejak 5 september 2023 yang lalu. Ia juga merupakan karya arahan Feroz Kader untuk slot Samarinda, TV3.

Saksikan siri suspen thriller terbaharu terbitan Zeel Production berjudul #PemburuRahsia diarahkan oleh Feroz Kader akan bersiaran mulai 5 September 2023, pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di slot Samarinda, TV3 atau strim di tonton.com.my

Pelakon

Kami kongsikan senarai pelakon pemburu rahsia dan watak yang mereka lakonkan. Barisan pelakon kali ini sangat hebat dan mampu membawa cerita thriller dengan baik.


  • Intan Najuwa sebagai Aliya
  • Adam Lee sebagai Waiz
  • Scha Elinnea sebagai Marissa Damia
  • Haliza Misbun sebagai Suraya
  • Muaz Zabir sebagai Ikmal
  • Raff Roslee sebagai Syaqir
  • Kimberly Chuah sebagai Elijah
  • Silfeny Osman sebagai Detektif Fasha
  • Zarul Husin sebagai Inspektor Rahmat
  • Fariz Isqandar sebagai Hakimy
  • Raden Zaharatul sebagai Bella
  • Kween Keela sebagai Nadine Ahmad
  • Dina Allysha sebagai Elisa
  • Izzulfaiq sebagai Koddy
  • Royce Iqram sebagai Daniel
  • Adwafri Shah sebagai Qoyyum
  • Azri Iskandar
  • Jesse Lim
  • Lydiawati


Penutup


Jangan lupa tengok dan cari siapakah pembunuh Damia. Korang jangan lupa untuk tolong bantu Aliya mencari siapakah pesalah yang telah membuli adiknya itu. Selamat menonton tau.


Previous Post Next Post