Tonton Original, Tumpat Berdarah

Sebuah siri terbitan tonton bertajuk tumpat berdarah yang sudah ditayangkan di saluran penstriman tonton.com.my sejak 6 september 2023 yang lalu. Karya arahan sabri yunus ini mengetengahkan elemen negeri kelantan yang sudah menjadi kebiasaannya dalam menterjemahkan hasil karyanya kepada penonton.

Sinopsis Tumpat berdarah.


Apa yang berlaku di Tumpat, Kelantan? Filem Tumpat berdarah mengisahkan tentang pergaduhan di antara wan nawang dang mat tok kaya yang berebut kuasa perniagaan tanaman padi di daerah tumpat.

Satu hari, kedua-dua kitlang mereka terbakar. Sepanjang malam mereka begaduh dan keesokan harinya mereka ditangkap.


Tumpat Berdarah


tapi itu kisah dulu.

Kini permusuhan mereka bersambung apabila Cucu Wan Nawang aiaitu Wan Nawi dan adiknya pula bergaduh dengan cucu Mat tok kaya iaitu Nuari benang emas.

Mereka berentap merebut takhta tukang karut di dalam kawasan tumpat. Siapakah yang akan memenangi takhta tersebut.

Adakah persengketaan mereka akan berterusan lagi ke generasi seterusnya atau akan ada yang cuba mendamaikan mereka? kalau nak tahu, kenalah tengok cerita ini di saluran tonton.com.my.

Cara tonton.

pasti ramai yang nak tengok cerita tumpat berdarah ni kan. korang boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my


Info dan Pelakon


Sebelum korang tengok cerita ni, apa kata korang baca dulu info dan pelakon tumpat berdarah yang kami kongsikan ini.


  • Tarikh Tayangan: 6 September 2023

  • Cerita Asal: Datuk Saniboey Mohd Ismail

  • Pengarah: Sabri Yunus

  • Produksi: Razor Edge

Pelakon

  • Issey Fazlisham sebagai Nuari Benang Emas

  • Mathni Razak sebagai Wan Zaki

  • Oktovia Manrose sebagai Anis

  • Sabri Yunus sebagai Nik Dir

  • Asrul Faizal sebagai Wan Nawi

  • Z Zamree sebagai Wan Nawang

  • Muhamad Zaidi Yunus sebagai Mat Tok Kaya


Kalau korang dah selesai tonton cerita ni jangan lupa komen pendapat korang di bawah ini ya.

Previous Post Next Post