Sinopsis Drama Jack Yusof

Drama terbaru, Jack Yusof ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang sudah berusia masih kelihatan kacak dan tampan kerana menggunakan Botox. Pelakon jack yusof terdiri daripada Rosyam Noor dan Sharifah Husna. Agaknya apa keistimewaan yusuf ni agaknya ya? Ramai cakap jalan cerita dia best dan menarik kerana mereka sudah tonton di On Demand sebelum ini. korang rasa pula macam mana?


Rosyam Nor dalam Jack Yusof



Sinopsis Jack Yusof

cerita ini mengisahkan tentang Jack Yusof yang berusia 52 tahun. Dia ni merupakan seorang bintang filem terkenal yang  berusia namun masih kelihatan muda kerana kerap gunakan Botox. 

Walaupun kaya dan digilai ramai wanita, Jack banyak lakukan kesilapan dalam kehidupan peribadinya, termasuk meninggalkan anak perempuannya, Aida ketika dia masih bayi.

Beberapa dekad berlalu bila Aida tiba-tiba muncul dan hubungi Jack untuk jadi walinya di majlis pernikahannya nanti. Jack berat hati namun bersetuju untuk bertemu semula dengan Aida dan keluarga Aida. 

Perjumpaan singkat itu menggerakkan hati Jack untuk lebih terlibat dalam kehidupan Aida, sehingga dia sanggup membeli dan berpindah ke rumah di sebelah rumah Aida. 

Walau bagaimanapun, tindakan Jack menyebabkan kegelisahan dan kehuru-haraan kepada bekas isterinya, Salina, dan suaminya Rahmat, yang telah membesarkan Aida sejak ketiadaan Jack.

Dalam usaha Jack untuk memperbaiki hubungannya dengan Aida, dia berdepan dengan kesilapan dan penyesalan masa silamnya dan belajar erti sebenar kekeluargaan, cinta dan kemaafan. 

Info dan pelakon

Jumlah episod untuk drama ini adalah 8 episod keseluruhannya dan merupakan karya arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin. Ia  mula ditayangkan pada 17 Jun di Astro on demand dan 26 jun di saluran astro Ria.

Antara pelakon utama jack yusof adalah :

  • Rosyam Nor sebagai Jack Yusof

  • Sharifah Husna sebagai Aida

  • Raja Ema sebagai Salina

  • Rashidi Ishak sebagai Rahmat

  • Hafiz Halim sebagai Zain

  • Fadlan Hazim sebagai Syafiq Aidan

  • Adriana Adnan sebagai Suzy

  • Loganathan Kanabathy sebagai Ramesh

  • Syed Muhammad Baqir sebagai Firdaus

  • Samsuri Shahrom sebagai Tok Anjang

  • Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai Che Puan Sarimah Ibrahim

  • Raja Azura sebagai Rakmama

  • Angeline Tan sebagai Bos Aida

  • Steve Yap sebagai Director

  • Zain Hamid sebagai Assistant Director

  • Dian Fernandez sebagai Princess Lemuri

  • Kismah Johar sebagai Kismah Johar

  • Maca (Marsya) sebagai Peminat Syafiq Aidan

  • Haidar Hasanuddin sebagai Jack Yusof Muda

  • Amy Nur Tinie sebagai Suraya

  • Taufik Hanafi sebagai Banduan

  • Zarina Anjoulie sebagai Isteri ke-3 Jack Yusof

Akhir sekali, ramai yang puji lakonan Rosyam Nor dalam cerita ni sebabnya dia berjaya lari dari kebiasaan yang dia lakonkan. Mungkin sebab faktor umur juga menyebabkan dia menerima tawaran ini. Jadi sama-sama kita saksikan.


Post a Comment

Previous Post Next Post