Aina Abdul Terkejut Dengan Kenyataan Farhan Shah

Aina Abdul Terkejut Dengan Kenyataan Farhan Shah. Juri Big Stage 2023 terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh peserta tersingkir farhan shah yang mendakwa aina abdul tidak menyukainya. Atas alasan itu dia mendakwa dia tidak diberikan immuniti X pada minggu lepas.


Aina Abdul Terkejut Dengan Kenyataan Farhan Shah


Aina berkata kepada astro gempak; 

“Sebenarnya untuk Farhan saya benar-benar menyokongnya selepas minggu kedua kerana minggu itu dia membuat saya terpukau.

“Dia lebih kepada pop jazz dan juga sedikit balada. Tetapi kenapa saya bagi dia rendah minggu lepas, tiada kaitan dengan perkara personal, saya sayang mereka semua secara sama rata,” katanya ketika ditemui Gempak.

“Ini adalah pertandingan, bila saya mendengar… Satu persembahannya tidak sampai ke hati saya. Kedua note yang Farhan cuba menyanyikan itu ada levelnya.

“Dia cuba capai dan dia berjaya tetapi tidak sepenuhnya. Maksudnya nyanyian Farhan tidak rounded, kelihatan memaksa note tu untuk sampai.

“Saya sejenis yang mencari kesedapan. Jadi untuk lagu minggu lalu itu saya tak dapat kesedapan tu.

“Jadi untuk minggu ini juga saya rasa jiwa Farhan penat. Saya dapat rasa jiwa dia letih untuk tunjukkan kepada penonton. Penat tu bukan sebab dia tidak bagus.

“Kita nampak dia bersemangat, dia cuba untuk memberikan sepenuhnya tetapi tidak sampai. Dia cuba untuk bagi 100 persen tetapi dia tidak berjaya lock 50 markah pun dengan saya.

“Itu maksud saya, less is more. Mungkin untuk Farhan, berikan lebih persembahan yang minimalistik,” jelasnya.

“Imuniti-X bukanlah keputusan saya seorang sahaja. Sebenarnya Rossa juga ada memilih. Jadi saya berbincang dengan Ajai, kami bertanyakan pada Rossa dan semuanya memberikan jawapan yang sama. Malam ini adalah giliran Farhan.

“Tidak ada benda yang personal dengan dia. Saya harap dia tidak ada fikir yang bukan-bukan. Hanya DM saya dan bercakap dengan saya.

“Sekali lagi saya tegaskan tiada benda yang personal cuma saya tak dapat rasakan persembahan daripada dia seperti mana saya menikmatinya di minggu kedua.

“Saya minta maaf Farhan tetapi cari sedapnya di mana, fahami isi hati awak, apa yang awak ingin nyanyikan dan kepada siapa ingin disampaikan nyanyiannya. Itu perkara paling penting.

“Cari subjek untuk awak menyanyi. Jika awak menyanyikan lagu untuk saya, jadi pandanh saya dan menyanyi,” tegasnya.


Post a Comment

Previous Post Next Post