Sinopsis Drama 28 Hari Mencari Cinta

Drama cinta, 28 Hari Mencari Cinta ini mengisahkan tentang seorang jejaka mencari kebahagian hidup dengan bekerja kuat dan pada masa yang sama ada seorang gadis muncul dalam hidupnya. Drama ini diarahkan oleh Ng Ken Kin dan dibintangi oleh pelakon hebat seperti Aiman Hakim Ridza, Hannah Delisha, Ameerul Asyraf dan juga Elly Arifin.


Sinopsis Drama 28 Hari Mencari Cinta


Baca juga : Sinopsis Filem Arwah Pak Mat lif dan AJK.

Sinopsis 28 Hari Mencari Cinta

Berikut merupakan sinopsis drama 28 hari mencari cinta yang mengisahkan tentang Faisal memiliki podcast sendiri dan bercita-cita ingin melebarkan sayapnya ke luar negara bagi menguji kebolehannya sebagai penyampai radio. Bagi Faisal, apa yang dicari adalah kebahagiaan dan kejayaan dalam hidupnya. 

Namun, satu perkara yang Faisal tidak boleh lupakan ialah cinta pertamanya dengan Saleha yang mempunyai ciri-ciri gadis yang diinginkan. 

Faisal tidak tahu kenapa mereka berpisah secara tiba-tiba. Saleha telah meninggalkan dia tanpa sebab dan tidak dapat dijejaki sehingga kini.

Saleha pula meneruskan kehidupannya sebagai perancang kewangan di sebuah syarikat swasta kerana tidak berminat untuk bekerja di syarikat milik ayahnya, Encik Rahmat. Saleha ingin berdikari dan tidak mahu mengharapkan kesenangan hidup yang diberikan oleh ayahnya. 

Saleha bertunang dengan Danial (Ameerul Asyraf) atas kehendak Encik Rahmat. Saleha tidak menyukai sikap Danial yang suka berfoya-foya tetapi Encik Rahmat sering memuji Danial yang menjadi harapannya untuk terus memacukan perniagaannya ke peringkat global. 

Saleha tidak sampai hati untuk memberitahu keadaan sebenar yang bakal menghampakan ayahnya.

Dalam keadaan itu, Saleha teringat pada Faisal, cinta pertamanya yang dianggap sebagai seorang lelaki dungu yang selalu membuat kesilapan malah sering kali mengulanginya. Lelaki itu jugalah telah mengunci hatinya untuk mencintai dan mengharapkan agar satu hari nanti takdir akan menemukan mereka berdua.

Podcast Faisal yang diberikan nama Love Barista membincangkan tentang kisah cinta, memberi petua untuk mencari cinta dan juga menyelesaikan masalah cinta. Podcast Faisal mendapat sambutan ramai sehingga ada kawan-kawan Saleha yang tularkan podcast itu dan ini membuatkan Saleha ingin tahu apa yang menariknya tentang podcast itu.

Takdir menemukan kembali Faisal dan Saleha. Dalam masa yang sama, Faisal mendapat tawaran kerja sebagai DJ di Australia. Dia harus berada di sana dalam masa 28 Hari. 

Di sinilah bermula syarat yang diberikan oleh Saleha kepada Faisal iaitu 28 hari mencari cinta untuk kembali berkasih. 

Faisal perlu mencari kesilapan dia dalam hubungan mereka dulu dalam tempoh 28 hari sahaja. Bagaimana pula dengan Airin yang menagihkan cinta daripada Faisal? Apakah bakal berlaku dengan hubungan Saleha dan tunangnya Danial? 

Adakah Faisal dan Saleha boleh kembali bahagia bersama?

Info DAN Pelakon

cerita ini mempunyai 15 episod keseluruhannya dan kali pertama ditayangkan adalah pada 23 Disember 2021 – 20 Januari 2022

Barisan pelakon 28 hari mencari cinta ini pula terdiri daripada pelakon hebat seperti;

  • Aiman Hakim Ridza sebagai Faisal
  • Hannah Delisha sebagai Saleha
  • Ameerul Asyraf sebagai Daniel
  • Elly Arifin sebagai Airin
  • Muaz Fitri sebagai Nasir
  • Khaty Azian sebagai Asmira
  • Aleza Shadan sebagai Puan Maria
  • Fiza Thomas sebagai Intan
  • Rahim Jailani sebagai Encik Rahmat
  • Roy Azman sebagai Encik Malik
  • Aishah Atan sebagai Fauziah
  • Azman Jantan sebagai Fuad
  • Fifi Fuyoo sebagai Miss Nora
  • Mohamad Ikhwan sebagai Aidil
Kalau korang dah tengok tayangan pertama dulu, korang mesti dah tahu ending dia kan. Tapi kalau belum tengok, korang boleh tonton semula pada bulan Mei dan Jun 2023 di saluran TV3 tau.

Selamat Menonton! 

Previous Post Next Post