Akademi Fantasia Kembali Untuk Tahun 2023?

Akademi Fantasia Kembali Untuk Tahun 2023? Persoalan ini kembali timbul selepas astro gempak mengeluarkan teaser mengenai kemunculan semula rancangan nyanyian yang diminati ramai satu ketika dahulu ini.


Akademi Fantasia Kembali Untuk Tahun 2023?


Kali terakhir rancangan ini bersiaran adalah pada tahun 2016 yang lalu dan sudah pasti telah menimbulkan rasa rindu dalam kalangan peminatnya. walaupun pada tahun 2016 itu sudah ramai yang mengatakan racangan ini sudah tidak relevan lagi pada masa itu.

Akademi Fantasia Kembali Untuk Tahun 2023?

Video ringkas tersebut memaparkan seorang individu sedang melakonkan aksi menarik beg yang cukup sinonim dengan pertandingan realiti itu. Teks yang bertulis "Akademi Fantasia??? Akan datang" turut dinyatakan, yang semakin menguatkan dakwaan bahawa program berkenaan akan diadakan.

Manakala kapsyennya mengutarakan, "Sesuatu yang bakal menggegarkan Malaysia bakal tiba. Strim semua yang anda suka dengan Astro Baharu".

 Ramai sebenarnya meminati rancang AF ini bahkan ramai juga yang telah menyertai ujibakat rancangan berformatkan nyanyian ini.

Jadi persoalannya sekarang ini betul ke tidak ada AF 2023 nanti?

Setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi dari pihak astro mengenai perkara ini cuma hanya video teaser yang seperti mana aku terangkan dekat atas ya. 

Jadi kita sama-sama tunggu kemunculannya nanti.

Senarai Juara Akademi Fantasia

AF1 (2003) - Vince

AF2 (2004) - Zahid

AF3 (2005) - Mawi

AF4 (2006) - Faizal

AF5 (2007) - Mila Jirin

AF6 (2008) - Stacy

AF7 (2009) - Hafiz Suip

AF8 (2010) - Shahir

AF9 (2011) - Hazama

AF 2013 - Faizul Sany

AF 2014 - Firman

AF 2015 - Sufi Rashid

AF 2016 - Amir Masdi

   

Previous Post Next Post