Sinopsis Telefilem Saat Hilang Cintamu

Telefilem Menarik, Saat Hilang Cintamu mengisahkan tentang kehidupan suami isteri yang bahagia tiba-tiba di uji dengan gosip liar sehingga menggugat rumah tangga mereka. 

Dibintangi oleh pelakon hebat Zamarul Hisham dan Rita Nadira ini akan di tayangkan pada 25 Mac 2023 di slot cerekarama. Untuk hari raya ini, telefilem ini akan diulang siarkan pada 14 April 2024 tau.

Kali pertama ditayangkan dulu pun dah viral, pasti kalau diulang siarkan pun akan viral juga kan. Aku teringat telefilem cintamu karipap di hatiku yang ditayangkan di RTM. Best juga tau cerita tu.


Sinopsis Telefilem Saat Hilang Cintamu


Sinopsis Saat Hilang Cintamu


Cerekarama ini mengisahkan tentang Razil. Dia merupakan seorang suami yang setia menyayangi isterinya Salinah dan menjadi penyokong utamanya. 

Namun, hubungan mereka mula renggang apabila Salinah terpengaruh dengan kata-kata rakan-rakannya yang memperlekehkan dan mengaibkan suaminya.


Gandingan pelakon lama dan baru dalam cerita ini menjadikan jalan cerita ini menarik sehingga viral satu Malaysia. Ramai memuji lakonan mantap dan meruntun jiwa Zamarul Hisham dalam cerita ni.


Aku tengok pun memang best dan sangat terkena di batang hidung sendiri. Korang yang suka tu boleh komen dekat bawah ya.


Oh ya, ada satu telefilem menarik bertajuk Manaf, Zahir dan Bunian turut ditayangkan sempena aidilfitri ini. Lawak dan seram tau cerita tu.


Info Dan Pelakon

Seperti yang aku dah bagi tahu dekat atas, waktu tayangan untuk saat hilang cintamu ini adalah pada hari sabtu 25 mac 2023 jam 10 malam. Ia merupakan karya arahan Rahila Ali dan skripnya di tulis oleh Lee Chonz. 


Sinopsis Telefilem Saat Hilang Cintamu



Berikut merupakan senarai pelakon yang terlibat, antaranya adalah Zamarul Hisham, Rita Nadira, Malek Mccrone, Kash Haiqal, Dania Miazara dan Fendi London.

Selamat menonton.


Previous Post Next Post