Hukum Merokok Ketika Puasa !

Topik panas waktu bulan puasa, apa hukum merokok ketika puasa? adakah ia membatalkan puasa atau tidak? ada ke pendapat yang mengatakan merokok tak batal puasa? jom kita telusuri hukum merokok di bulan ramadhan yang mulia.

Tak kiralah kau muda atau tua, merokok memang membahayakan kesihatan. Merokok ialah aktiviti menghisap atau membakar tembakau yang telah diproses menjadi rokok dan menyedut asapnya.

 Rokok mengandungi nikotin, tar, karbon monoksida, dan pelbagai bahan kimia lain yang berbahaya kepada kesihatan manusia. 

Hukum Merokok Ketika Puasa !


Merokok boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, penyakit jantung, masalah pernafasan, dan pelbagai penyakit lain. 

Selain itu, merokok juga memberi kesan negatif kepada alam sekitar kerana asap rokok boleh mencemarkan udara dan menjejaskan kesihatan orang lain yang tidak merokok. 

Oleh itu, merokok perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan diri dan orang lain.

Hukum Merokok Ketika Berpuasa

JAWAPAN MUFTI WILAYAH

Merokok membatalkan puasa, seperti pendapat jumhur ulama kerana mereka yang ketagih rokok didapati pada hatinya atau paru-parunya kesan dari rokok. Inilah pendapat Syeikh al-Syarbasi. Mengikut pendapat Syeikh Hasanain Makhluf dalam Fatawa Syar’iyah, hukumnya batal puasa dan hendaklah dia qadha’ serta dikenakan kaffarah mengikut pendapat yang asah. Inilah yang dinukilkan daripada al-Allamah Ibn Abidin dan juga al-Allamah al-Syarambalali dalam kitabnya, Imdad al-Fattah.


Ketegasan yang dikemukakan oleh ulama dalam isu ini jelas menunjukkan betapa merokok adalah tidak diredhai oleh agama Islam dan orang-orang yang bermaruah. Justeru, marilah kita mengambil semangat Ramadan dengan nafas baru tanpa rokok.

Sumber : https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/2033-hukum-merokok-ketika-berpuasa
Previous Post Next Post