Menantu Kesayangan Saya - Datuk Yusof Haslam

Menantu Kesayangan Saya - Datuk Yusof Haslam. Sejak semalam isu perkahwinan di antara pengarah terkenal Syamsul Yusuf dengan Ira Kazar menjadi bualan ramai. terbaru, dalam satu temubual oleh harian metro dengan datuk yusof haslam. beliau sedaya upaya mahu menjaga hati besannya dan hati mnantu kesayangnya itu.


Menantu Kesayangan Saya - Datuk Yusof Haslam


Menantu Kesayangan Saya - Datuk Yusof Haslam

 "Saya nak menjaga hati semua pihak terutama besan-besan, hati menantu kesayangan saya (Puteri Sarah Liyana) dan hati isteri," kata Datuk Yusof Haslam .


"Saya dapat tahu pun mengejut. Dia pun dah kahwin, sebelum ni khabar angin saja. Sebagai ayah apa boleh dikatakan adalah yang berlaku sudah berlaku. Jadi saya sebagai orang tua hanya mendoakan yang terbaik.


"Apa saja keputusan yang dah dibuat itu hak dia. Dia sudah dewasa untuk menentukan jalan yang dipilih.



"Hidup ini banyak persimpangan. Persimpangan ini kita kena pastikan pilih yang terbaik. Sebagai ayah juga, saya harap dia pilih jalan yang diredai Allah," katanya kepada Harian Metro.


"Saya harap dia menjalankan tanggungjawab sebaiknya. Saya harapkan sebagai ayah dia menjadi lelaki yang baik.


"Saya harap dia menjalankan tanggungjawab dan berlaku adil. Kalau jodohnya masih kekal dengan Puteri Sarah, berlaku adil pada isteri dan jalankan tanggungjawab dengan berhemah," katanya.


"Saya kesal kenapa dia perlu simpan rahsia ini terlalu lama sampai empat tahun? Kenapa tidak berterus terang daripada awal kepada isterinya?


"Bukankah dia sudah menyeksa hati dan perasaan Sarah serta melukakan hati banyak orang. Kalau dia berterus terang lebih awal, masalah dapat diselesaikan dengan cepat," katanya.

Previous Post Next Post