Vietnam vs Malaysia : Harimau Malaya Perlu Ikat Dua bintang Vietnam

Harimau Malaya Perlu Ikat Dua bintang Vietnam. Mereka adalah Nguyen Quang Hai dan Nguyen Tien Linh. Ini kerana dua pemain ini mempunyai kehebatan yang luar biasa berbanding pemain-pemain lain.

Masing-masing telah berusia 25 tahun dan pernah banyak kali bertemu Malaysia. Quang Hai meledak gol tunggal ketika menewaskan Malaysia 1-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia, dua tahun lalu.


Vietnam vs Malaysia : Harimau Malaya Perlu Ikat Dua bintang Vietnam


Selain itu, dia juga turut menyumbang satu jaringan pada perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF 2020 yang mana Vietnam menang 3-0.


Tien Linh yang menyumbang satu gol ketika Vietnam menumbangkan Malaysia 2-1 pada kelayakan Piala Dunia, tahun lalu pula dilabel sebagai antara pemain terbaik dalam generasinya ketika ini.

Persoalannya sekarang. mampukah skuad baru kim pan gon memberi saingan dan mengalahkan pasukan vietnam dalam perlawanan ini?


Previous Post Next Post