Sudah Ada Pengganti di Tempat Pemain Cedera - Brendan Gan

Khuzaimi Piee yang cedera baru-baru ini tampak tidak memberi apa-apa kesan kepada pasukan negara apabila perkara itu di sahkan sendiri olelh Kapten pasukan Brendan Gan. Beliau berkata setiap posisi yang kosong kerana kecederaan pemain akan di isi oleh pemain lain yang sudah bersedia.


Sudah Ada Pengganti di Tempat Pemain Cedera - Brendan Gan


Brendan berkata; "Sudah tentu ketika ini kami ada beberapa pemain mengalami kecederaan namun skuad ini mempunyai 23 pemain kesemuanya. Kalau seorang pemain mengalami kecederaan akan ada individu lain isi posisi berkenaan.


"Sebab saya percaya barisan kejurulatihan dan teknikal sudah tentu ada perancangan terbaik untuk pasukan. Jadi mereka sudah tentu tahu apa perlu dilakukan termasuk mengarah untuk seseorang pemain itu bermain di luar posisi kebiasaannya.


"Kalau mereka kata posisi baru itu yang terbaik kami akan ikut kerana kami percaya dengan keputusan dilakukan. Malah kalau jurulatih suruh saya bermain sebagai penjaga gol saya akan ikut kerana mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk pasukan," katanya pada sidang media praperlawanan menentang Laos, hari ini.


"Mereka (penyokong) sangat penting untuk kami. Mereka inilah yang selalu bantu kami pada saat-saat sukar ketika berada di atas padang.


"Jadi saya harap penyokong Harimau Malaya dapat hadir ke stadium bagi memberi sokongan dan bisingkan venue ini untuk memberi kami aura positif pada aksi berkenaan," katanya.

Previous Post Next Post