Maghribi Mahu Jadi Tuan Rumah Piala Dunia

Impian besar negara Maghribi selepas aksi menakjubkan mereka dalam kempen piala dunia membawa kepada cadangan untuk menganjurkan kejohanan itu pula.

Dalam satu kenyataan dari pesekutuan bola sepak diraja maghribi mengatakan mereka mahu menjadi tuan rumah bersama dengan negara Sepanyol dan Portugal.


Maghribi Mahu Jadi Tuan Rumah Piala Dunia


"Kami mahu organisasi ini dikongsi antara benua Afrika dan benua Eropah," Ketua Persekutuan Bola Sepak Diraja Maghribi, Fouzi Lekjaa berhubung hasrat negara itu untuk menganjurkan Piala Dunia 2030.

Jika ia menjadi kenyataan, maka ia menjadi gabungan ketiga bagi gabungan negara selepas korea jepun pada tahun 2002 dan juga Amerika syarikat , kanada dan mexico bagi Piala Dunia 2026 akan datang.

Jika betul menjadi kenyataan, ia akan menjadi gabungan dua benua iaitu afrika dan eropah dalam penganjuran piala berprestij itu.

Kita tengok pasukan maghribi mampu bersaing pada piala dunia kali ini dan sudah pasti 4 tahun dari sekarang kita mahu melihat mereka lagi di Amerika pula. 

Previous Post Next Post