Khuzaimi Piee Milik Selangor FC

Pertahanan Kental Malaysia, Khuzaimi Piee kini sah menjadi milik pasukan Selangor FC bermula musim hadapan. Ia di sahkan sendiri menerusi pengumuman daripada pasukan itu.


Khuzaimi Piee Milik Selangor FC


Khuzaimi Piee Milik Selangor FC

Pengumuman itu dibuat di laman rasmi Selangor FC sekali gus menamatkan spekulasi tentang masa depannya selepas meninggalkan Negeri Sembilan FC hujung musim ini.

Khuzaimi yang kini beraksi bersama dengan skuad Harimau Malaya bersama dengan shahrul nazeem yang juga pemain selangor pasti akan memudahkan kerjasama dan kesefahaman di antara mereka.

Selain itu, Fazly mazlan dan Quentin cheng juga bermain dalam skuad selangor turut di senaraikan dalam skuad kebangsaan kali ini. 

Kita harap prestasi Khuzaimi tidak merudum selepas bertukar tempat berbakti. Semoga berjaya buat anda khuzaimi!



Previous Post Next Post