Ehem! Iqbal Puji Erra Fazira Tak Sombong!

Nama selebriti media sosial, Iqbal Zulkefli kembali menjadi sebutan. Kali ini Iqbal memberi komen mengenai primadona Malaysia, Erra Fazira dan memuji beliau dengan mengatakan erra baik terhadap dirinya.

Iqbal menjawab persoalan netizen di laman storynya baru-baru ini. Iqbal membuat satu hantaran di story instagramnya dengan latar belakang gambar erra fazira di depan Kaabah.


Ehem! Iqbal Puji Erra Fazira Tak Sombong!

“Kita ketepikan hal yang menimbulkan gosip sebentar. Apa yang saya kagum dengan Erra Fazira, beliau tidak pernah berkata tidak baik tentang orang lain.

“Saya ingat ketika saya menerima kecaman bertubi-tubi, beliau masih melayan saya baik. Bahkan ketika kami diusik tentang jodoh, beliau tenang saja,” tulis Iqbal di Instagram Story.

“Jika ada peluang berlakon bersama, saya teringin ada satu scene besar pun tak apa buat kenangan. Sebolehnya saya tidak mahu digosipkan dengan beliau, kerana lebih sayangkan hubungan baik.

“Selalu saya tengok celoteh beliau dengan anak dan kucing kucing peliharaan,” tulis Iqbal.

Previous Post Next Post