Tan Cheng Hoe Dedah Punca Selangor Kalah di Final Piala Malaysia

Tan Cheng Hoe Dedah Punca Selangor Kalah di Final Piala Malaysia. Semalam, pasukan selangor menunjukkan aksi terbaik mereka di pentas final walaupun kalah 1-2 kepada pasukan JDT. Jurulatih merekan cheng hoe mendedahkan kenapa pasukannya kalah dalam perlawanan semalam.


Tan Cheng Hoe Dedah Punca Selangor Kalah di Final Piala Malaysia


Cheng hoe berkata; "Satu perlawanan yang baik dan menghiburkan. Kita kalah malam ini kerana pengalaman daripada segi pentas besar.


"Beberapa peluang yang gagal disudahkan khususnya pada babak pertama dan itu mungkin sedikit sebanyak mendatangkan isu kepada kita.


"Permainan juga berintensiti tinggi dan sedikit kesilapan apabila kita kehilangan fokus yang menyebabkan JDT berjaya menjaringkan gol sekali gus menjejaskan keyakinan kita," katanya pada sidang media selepas aksi itu.

Untuk rekod, kali terakhir pasukan Selangor mengangkat piala adalah pada 7 tahun yang lalu dan sudah pasti musim hadapan akan menjadi keutamaan mereka membawa pulang satu piala lagi untuk pasukan itu. 


Previous Post Next Post