FINAL PIALA MALAYSIA 2022 : JDT Nak Lengkapkan 4 Piala Musim Ini

JDT Nak Lengkapkan 4 Piala Musim Ini. Itulah yang diluahkan oleh jurulatih JDT, Hecto bidoglio yang mengatakan perlawanan final nanti amat penting buat pasukannya demi melengkapkan 4 Piala untuk tahun ini. Hector juga berkata ia juga amat penting buat bos jdt untuk mencapai piala keempat musim ini.


FINAL PIALA MALAYSIA 2022 : JDT Nak Lengkapkan 4 Piala Musim Ini



JDT Nak Lengkapkan 4 Piala Musim Ini


"Aksi final bukanlah mudah kerana masing-masing sudah pastinya akan mempamerkan aksi terbaik untuk memenangi perlawanan itu. Namun, kami tetap gembira kerana sekali lagi beraksi di pentas final.


"Seperti sedia maklum, pertemuan JDT dan Selangor sememangnya menyajikan perlawanan menarik dan sengit, sekali gus pemain tidak boleh melakukan kesilapan kerana sudah pastinya akan dihukum pasukan lawan.


"Apa yang pasti adalah memenangi empat piala pada musim ini adalah penting untuk 'bos', pemain dan staf pasukan. Ia adalah tanggungjawab saya memastikan kemenangan berpihak kepada JDT," katanya pada sidang media Pra Piala Malaysia 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), hari ini.


"Saya lihat pertahanan Selangor kental dan situasi bola mati memberi kelebihan kepada mereka untuk memenangi perlawanan.


"Jadinya, jika kami mampu mengatasi kelebihan Selangor itu sudah pastinya boleh menjaringkan gol dan memenangi perlawanan malam esok," katanya.

Previous Post Next Post