Ucapan Bidoglio Buat FANS JDT

Ucapan Bidoglio Buat FANS JDT. Selepas kemenangan liga super ke 9, hector bidoglio yang merupakan jurulatih JDT mengucapkan terima kasih kepada keluarga JDT atas sokongan yang padu buat dirinya dan juga pasukan JDT.


Ucapan Bidoglio Buat FANS JDT


Ucapan Bidoglio Buat FANS JDT


"Terima kasih kepada Keluarga JDT yang terbabit dalam kelab ini. Dari hari pertama saya di sini saya tahu saya datang untuk menang dan kini kami telah berjaya memenangi Piala FA dan kini Piala Liga Super dan saya mahu berterima kasih kepada semua yang bekerja keras dan menyokong saya.


"Ianya adalah perasaan yang hebat terutama buat kelab dan juga buat diri saya. Ia adalah satu pencapaian yang cemerlang tetapi saya tidak mahu terbawa dengan perasaan ini dan akan melakukan yang terbaik untuk menjadi lebih baik.


"Menentang PJ City hanya beberapa hari selepas final Piala FA adalah tugas yang sangat berat buat para pemain kerana bukan mudah bermain di final ditambah persiapan pasukan menjelang perlawanan akhir itu dan pemain kepenatan. Kini selepas berehat dua minggu, kami berjaya mengatasi kelemahan yang ada," katanya.


"Buat JDT semua perlawanan adalah penting dan kami perlu bersedia untuk menghadapi baki empat perlawanan dan penggiliran pemain akan diadakan dengan semua pemain sudah memberikan komitmen yang baik dalam latihan sekali gus menyukarkan kami untuk memilih pemain yang terbaik kerana hanya 11 orang sahaja yang boleh beraksi," katanya.


"Kita akan tengok keadaannya dan jika dia bersedia untuk diturunkan sudah pasti saya mahu barisan pemain terbaik apabila menentang Kedah," kata Bidoglio.

Previous Post Next Post