Sepatutnya kita lagi Kuat - Jurulatih Sri Pahang

Bolos saat akhir cukup mengecewakan peminat dan juga pemain serta pengurusan pasukan bola sepak di seluruh dunia. Begitu juga yang berlaku ketika bayern Munchen bertemu dengan Dortmund yang menyaksikan dortmund mendapatkan gol penyamaan pada saat akhir perlawanan itu yang berkesudahan seri.


Sepatutnya kita lagi Kuat - Jurulatih Sri Pahang


Sepatutnya kita lagi Kuat - Jurulatih Sri Pahang

Kali ini ia juga berlaku di dalam liga super Malaysia dalam perlawanan Sri Pahang vs Sabah semalam. Gol park tae su pada minit akhir perlawanan membantu Sabah memenangi perlawanan dan membawa pulan 3 mata berharga buat pasukan itu.

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh cukup kecewa apabila pemainnya hilang fokus dan mensia-siakan peluang yang terhidang. Dollah yang ditemui selepas perlawanan berkata;

" selepas jaringan itu, pemain hilang fokus dan kita mempersia-siakan peluang yang ada untuk mengutip tiga mata.

"Sepatutnya kita lagi kuat dan agresif tetapi jaringan itu membuatkan kita jadi lemah pada minit-minit terakhir.

"Kita melepaskan peluang begitu sahaja yang menyaksikan Sabah menjaringkan dua gol sekali gus mencatat kemenangan," katanya.

"Saya harap pemain dapat menamatkan aksi liga untuk berada di kedudukan ketujuh atau kelapan," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post