Rusuhan Bola Sepak Indonesia Boleh DI BANNED FIFA

 Rusuhan Bola Sepak Indonesia Boleh DI BANNED FIFA.  Terkejut dengan berita berlakunya rusuhan di dalam stadium selepas perlawanan Arema dan juga Persebaya dalam liga indonesia. Perkara mengenai jumlah kematian juga di sahkan oleh Ketua polis Indonesia di wilayah Jawa Timur yang  berkata seramai 127 orang terkorban dan 180 lagi cedera selepas penonton merempuh masuk ke dalam padang ketika kekecohan penyokong yang berlaku dalam perlawanan liga bola sepak negara berkenaan.


Rusuhan Bola Sepak Indonesia Boleh DI BANNED FIFA


Rusuhan Bola Sepak Indonesia Boleh DI BANNED FIFA

Kronologinya bermula apabila penyokong pasukan arema yang marah dengan pasukan mereka kerana kalah 2-3 kepada Pesebaya mula masuk kedalam padang. Tindakan mereka itu memaksa pihak keselamatan mengeluarkan gas pemedih mata dan menyebabkan ramai penonton sesak nafas.

Ini berita sedih buat semua peminat bola sepak dunia.persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) pula berkata, pihaknya sedang menyiasat rusuhan yang berlaku selepas perlawanan di daerah Malang malam tadi,

Kejadian seperti ini juga boleh membawa kepada pembatalan liga 1 indonesia untuk satu tempoh yang panjang kerana telah melanggar beberapa peraturan rasmi FIFA. Kegagalan mengawal penyokong juga satu musibah besar kepada kelab bola sepak.

Bahkan mereka juga boleh di banned dari menyertai mana-mana aktiviti bola sepak selepas ini. Kita doakan keluarga mangsa tabah dengan dugaan kehilangan orang yang tersayang.


Previous Post Next Post