Malaysia u17 Kalahkan UAE U17

 Malaysia u17 Kalahkan UAE U17. Selepas aksi kurang memberangsangkan ketika bertemu dengan Guam, anak buah osmera omaro berjaya bangkit dengan bergaya mengalahkan gergasi tanah arab, UAE U17 dalam kelayakan afc u17 2023 ini.


Malaysia u17 Kalahkan UAE U17

Malaysia u17 Kalahkan UAE U17

Pasukan negara membuka jaringan pada minit ke 45 sebelum rehat menerusi pemain Arami Wafiy 45'+1' dan bersambung babak kedua, Malaysia mendapat gol kedua menerusi pemain Anjasmirza 51'. Namun tatkala skuad negara sudah menarik nafas lega, UAE datang dengan gol pertama.

Kali ini menerusi pemain  Saeed Amer Mohammad pada minit ke 76. Kemudian mereka terus memburu gol pengamaan dan hasilanya mereka menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 84 menerusi Abdulaziz Mohamed Almarzooqi`

Malaysia bernasib baik apabila Faris Danish berjaya mendapatkan gol kemenangan pada minit ke 93 hasil gerakan cantik menewaskan penjaga gol UAE U17. 

Keputusan akhir, Malaysia u17 3-2 UAE U17. Malaysia akan bertemu dengan Indonesia di perlawanan terakhir pada hari ahad nanti.

 

Previous Post Next Post