Kedudukan Nafuzi akan Ditentukan Tidak Lama Lagi- PBSNT

 Kekal atau Tidak, Semuanya akan terjawab mengenai kedudukan jurulatih terengganu, Nafuzi Zain selepas 2 minggu nanti. Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan yang setakat ini masih belum ada keputusan mengenai kedudukan tersebut dan hanya akan dibincangkan pada mesyuarat seterusnya.


Kedudukan Nafuzi akan Ditentukan Tidak Lama Lagi- PBSNT


Kedudukan Nafuzi akan Ditentukan Tidak Lama Lagi- PBSNT

"Berhubung kedudukan jurulatih TFC (Nafuzi), kita tengok perkembangan semasa apa yang berlaku, macam pasaran saham ada turun naik, apa jua kita akan tangani dengan cara yang terbaik perkembangan itu sama ada positif ataupun negatif.

"Namun setakat ini belum ada apa-apa lagi keputusan berhubung kedudukan jurulatih itu kerana kita tidak mahu memberi tekanan tertentu dalam keadaan sekarang.


"Kedudukan jurulatih itu (kekal ataupun sebaliknya) akan dibincangkan pada 25 Oktober ini dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah," katanya 

"Apabila ada pencapaian tertentu termasuk layak ke saingan Piala AFC, akan ada sesuatu insentif yang bakal diberikan kepada pemain, namun kami belum bincang lagi bentuk insentif itu.


"Apa yang penting pemain perlu buktikan menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) malam esok (malam ini), pemain usah rasa lemah semangat, kita ada 90 minit, jadi mereka harus buktikan yang terbaik, ini sentiasa saya sebut kepada pemain.


"Kemenangan bakal memastikan tiket ke pentas Asia menjadi milik TFC, kejayaan pasukan Sukan Malaysia (Sukma) merangkul pingat emas dalam acara bola sepak bulan lalu diharap mampu memberi suntikan awal kepada pemain TFC," katanya

Previous Post Next Post