Kedah Perlu Menang Lawan JDT

Kedah Perlu Menang Lawan JDT. Malam ini sudah pasti menjadi perlawanan menarik untuk ditonton apabila gergasi utara, Kedah akan turun beraksi menentang gergasi baru JDT di stadium Sultan ibrahim, Johor.


Kedah Perlu Menang Lawan JDT


Kedah Perlu Menang Lawan JDT

Buat pengendali, Kedah Aidil Shahrin berkata;  

"Sudah pasti aspek kecergasan akan menjadi fokus utama untuk memastikan pemain yang dipilih dapat memberi komitmen yang diharapkan dari segi konsistensi kerana kita sedar tentangan JDT yang akan menanti di laman sendiri.

"Itu adalah cabaran besar yang kami perlu tempuhi dalam usaha meneruskan aksi liga ini dan kami tiada pilihan lain selain turun dengan semangat juang yang ada bagi memastikan langkah kami dalam perjalanan liga terus menyala," katanya.


"Cabaran tetap ada di mana-mana dan walau dengan siapa kita berdepan sekalipun, namun saya perlu ingatkan semua pemain agar dapat beraksi dengan mentaliti yang kuat biarpun terpaksa berdepan tugas yang getir.


"Bekalan semangat tetap akan kami kumpulkan bersama dalam menghadapi aksi kali ini dan yang lebih penting adalah memastikan setiap kelemahan di beberapa posisi pada perlawanan lalu dapat kami atasi untuk memastikan dapat beraksi dengan sebaik mungkin," katanya.

Previous Post Next Post