Kalau JDT Tak Dapat Penalti, Mungkin Kedah Menang - Jurulatih Kedah

Perlawanan sengit Kedah vs JDT semalam masih belum reda kehangatannya. Kalau JDT Tak Dapat Penalti, Mungkin Kedah Menang - Jurulatih Kedah. itu komen jurulatih kedah selepas perlawanan yang kami kongsikan dibawah ini. 


Kalau JDT Tak Dapat Penalti, Mungkin Kedah Menang - Jurulatih Kedah




Kalau JDT Tak Dapat Penalti, Mungkin Kedah Menang - Jurulatih Kedah

Kedah yang bermain 11 orang gagal mengalahkan pasukan JDT yang bermain 10 orang sahaja dalam perlawanan semalam. Jurulatih kedah, aidil sharin berkata;


"Kami menunjukkan perancangan yang baik pada babak pertama selepas mendahului JDT, tetapi perancangan kami mula terkesan selepas mula ketinggalan di awal babak kedua meskipun hanya bersepan 10 pemain lawan.


"Saya rasa jika kami tidak dibolosi melalui penalti pada babak kedua, keadaan mungkin akan berlainan kerana kami berada dalam momentum yang baik ketika itu.


"Apa yg saya rancangkan adalah untuk mengekalkan keadaan hingga ke tempoh 65 minit dan mahu lakukan perubahan pada corak serangan di babak kedua, dan kemudian kami terus tertekan dengan kesilapan dalam kotak penalti untuk bolos mudah pada gol ketiga," katanya.


"Inilah perkara yang saya nyatakan bila kita berdepan JDT, dan bila kita ketinggalan, memang agak sukar untuk kembali bangkit namun saya tetap memuji sikap usaha dan kerja keras yang ditunjukkan oleh semua pemain.


"Kami perlu menerima kekalahan ini kepada pasukan yang lebih baik pada perlawanan ini dan pemain akan mencuba bangkit pada perlawanan seterusnya,"katanya.


Previous Post Next Post