Bukan Mudah Lawan Negeri Sembilan - Jurulatih Kedah

N9 Lebih Power Dari JDT? Menjelang pertemuan dengan Negeri sembilan, jurulatih kedah menganggap pasukan Negeri Sembilan sangat sukar untuk dikalahkan.tetapi beliau TIDAK MEMBANDINGKAN JDT dengan Negeri 9. Sebelum ini Kedah telah kalah 1-3 kepada pasukan JDT dan pasti Kedah mahu memenangi perlawanan menentang sN9 pula.


Bukan Mudah Lawan Negeri Sembilan - Jurulatih Kedah


Bukan Mudah Lawan Negeri Sembilan - Jurulatih Kedah

Jurulatih kedah, Aidil Sharin berkata; 

"Bukan satu mudah untuk aksi kali ini memandangkan keupayaan Negeri Sembilan yang berada pada kedudukan keempat liga dilihat kian menyerlah dengan hanya tewas kepada JDT dan KL City dalam tujuh rekod perlawanan sebelum ini.



"Jadi ini adalah tugas yang sukar buat kami selepas baru sahaja tewas kepada JDT di laman sendiri dan kini perlu beraksi di tempat lawan untuk bangkit kembali mencari rentak kemenangan dalam tempoh hanya tiga hari.



"Kami perlukan usaha berganda di tempat lawan untuk berdepan tuan rumah yang juga mahu bangkit dari kekalahan selepas dikecewakan JDTbagi mengelak dikecewakan tiga kali berturut-turut," katanya.


"Saya berharap kali ini kami mampu mendapatkan kembali momentum kemenangan bagi mengukuhkan kedudukan kami dalam liga dan mengakhiri tiga perlawanan terakhir liga dengan lebih berkeyakinan.


"Keputusan seri pada perlawanan pertama dahulu menjadi pengajaran buat kami turun beraksi di tempat lawan malam esok untuk memperbaiki rekod kami pada aksi liga ini.


"Meskipun melalui jadual padat kini, saya sangat berharap pemain dapat cekalkan semangat, teruskan usaha terbaik mereka dan perlu mengambil setiap peluang yang hadir dan memanfaatkan peluang itu dengan sebaik mungkin," katanya.


Previous Post Next Post