TMJ Bersuara Minta Sarawak united Bayar Gaji Pemain

TMJ Bersuara Minta Sarawak united Bayar Gaji Pemain. Isu tunggakan gaji pemain sarawak united kini memasuki fasa baru apabila isu tersebut turut mendapat perhatian pemilik bola sepak JDT yang juga bekas presiden FAM, TMJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim.


TMJ Bersuara Minta Sarawak united Bayar Gaji Pemain


TMJ Bersuara Minta Sarawak united Bayar Gaji Pemain

Baginda yang terkenal sebagai penyelamat bola sepak negara menegur sarawak united supaya mereka menyelesaikan isu gaji pasukan tersebut. Teguran itu dibuat menerusi laman instagram pasukan sarawak united di ruangan komen.  

" Bayar Gaji" ini komen TMJ.

 "Memang tgh (tengah) diusahakan Tuanku"- balasan jawapan Sarawak United di bawah komen tersebut.

Sebelum ini, pihak MFL juga telah menyalurkan RM 100K kepada para pemain dan pegawai pasukan berkenaan yang memiliki masalah tunggakan gaji tersebut. 

Kita harap sangat isu tunggakan gaji pemain dan pegawai macam ini dapat di selesaikan secepat mungkin agar para pemain boleh memberi fokus kepada pasukan 100% tanpa memikirkan kehidupan mereka.

Previous Post Next Post