Sinopsis Filem Talbis Iblis

Sebuag filem baru, Talbis Iblis yang dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir dan ramai lagi.

Talbis iblis ini filem yang diarahkan oleh Kabir Bhatia hasil terbitan syarikat seperti Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment. Filem ini akan bermula tayangannya pada 20 Oktober ini di seluruh pawagam Malaysia. 

Sinopsis Talbis Iblis.

Sebelum kita baca sinopsis, aku nak kongsikan yang filem ini menjadi filem kedua Malaysia yang yang mengadakan Tayangan Perdana Dunia dan di senarai pendek  di Far East Film Festival  Ke-24 di Udine, Itali.

sinopsis talbis iblis

Selain itu, filem ini turut mengadakan tayangan perdana di Bucheon International Fantastic Film Festival 2022 ke-26 dan Neuchâtel International Fantastic Film Festival 2022 ke-21.

Jom baca sinopsis filem talbis iblis ini mengisahkan tentang seorang gadis bernam Hajar. Dia telah dihantar ke satu tempat jauh dari ibu kota bagi melahirkan bayinya secara rahsia. Seorang bidan yang bernama Mak Ju telah menjaga Hajar sebelum dan selepas bersalin, namun hakikatnya mempunyai agenda tersendiri.

‘Talbis Iblis’ sendiri bermaksud tipu daya serta perangkap yang di buat oleh iblis untuk menyesatkan manusia macam apa yang cuba dibawa oleh tuan pengarah untuk filem ini.

Info Filem

Cerita yang bergenre seram ini merupakan cerita asal ajami hashim. Ia akan mula ditayangkan pada 20 oktober 2022 nanti dan skripnya juga ditulis oleh Ajami Hashim, Ashraf Modee Zain.

Antara watak pelakoon dalam filem ini adalah seperti Azira Shafinaz sebagai Hajar, Nasha Aziz sebagai Junaidah dan Zul Ariffin sebagai Nasir.

Selain itu, kita juga ada pelakon hebat seperti Amir Nafis sebagai Arshad, Jay Iswazir sebagai Zaini dan Zaftfarrel Mikhael Felton sebagai Hazim. Manakala pelakon hebat Sherie Merlis sebagai Bomoh, Izzy Reef sebagai Nasir Muda dan  Daniella Sya sebagai Junaidah Muda. Begitu juga pelakon Putri Syahadah Nurjannah sebagai Hajar Muda

Tak sabar weh nak tengok filem ni. Mesti penuh seram dan menyeramkan. Korang dah sedia ke untuk tonton cerita karya kabir bahtia ini? pelakon dia pun hebat-hebat tau. kalau dah ready, jom komen dibawah ya.

 

أحدث أقدم