Rahadiazli Tidak Boleh Terlalu Kecewa -Diakite

Rahadiazli Tidak Boleh Terlalu Kecewa -Diakite. Kita tahu semalam merupakan malam yang tidak begitu baik untuk penjaga gol muda terengganu Rahadiazli.. Ini kerana dia telah melepaskan 3 gol ketika menentang JDT semalam.


Rahadiazli Tidak Boleh Terlalu Kecewa -Diakite


Rahadiazli Tidak Boleh Terlalu Kecewa -Diakite

Pemain pertahan Terengganu Pape Diakite berkata kepada MFL dalam satu temubual  “Dia (Rahadiazli ) tidak boleh terlalu kecewa kerana semua orang buat kesilapan, saya buat kesilapan dan begitu juga pemain lain.


“Sebelum ke sini, dia (Rahadiazli) telah melakukan tugasan yang baik semasa di separuh akhir dan jangan lupa tentang perkara berkenaan.


“Dia masih berusia 20 tahun dan banyak lagi boleh dipelajari, tiada sesiapa yang perlu dipersalahkan kerana kami menang sebagai satu pasukan dan kalah sebagai satu pasukan.


“Apa-apa pun, ini pengalaman yang sangat berguna kepada kami malah ini adalah final pertama saya dan rasa sangat bertuah dapat melakukannya pada tahun pertama bersama Terengganu,” katanya.


“Sememangnya sangat sedih kerana apabila sampai ke peringkat akhir, kami main untuk menang dan bila gagal lakukannya, tiada apa yang boleh diperkatakan serta harus salahkan diri sendiri.


“JDT bermain sangat baik dan mereka manfaatkan peluang dan kami tidak, bagi saya mereka lebih laparkan kejayaan daripada kami,” katanya.

Previous Post Next Post