Permintaan Teong Kim Untuk Penyokong Perak

Permintaan Teong Kim Untuk Penyokong Perak. Seperti sedia maklum, pasukan perak fc baru sahaja melantik jurulatih berprofil tinggi, Lim Teong Kim untuk menjadi jurulatih mereka pada musim hadapan. Berita ini sebenarnya mengejutkan peminat bola sepak tempatan.


Permintaan Teong Kim Untuk Penyokong Perak


Permintaan Teong Kim Untuk Penyokong Perak

Tatkala pasukan Kelantan yang mahu mendapatkan khidmat teong kim, tiba-tiba perak yang menjadi pilihannya. Namun begitu semuanya sudah dimetrai dan teong kim akan mengambil alih pasukan utama perak selepas selesai perlawanan terakhir liga perdana tidak lama lagi.

Lim teong kim juga mempunyai permintaan khusus untuk penyokong dan peminat pasukan perak fc. Dia berkata;


"Kepada penyokong Perak, kami perlukan anda. Kami akan beraksi dengan cemerlang dan berikan sepenuhnya sehingga hujung nafas.


"Tolong datang dan berikan sokongan. Kami sangat perlukan sokongan anda, inshaAllah kita akan berjaya,"

Semoga dengan tindakan pantas yang dilakukan oleh Perak fc ini dapat mengembalikan kegemilangan pasukan tersebut dalam saingan liga musim hadapan.

Previous Post Next Post