Pengadil Kena Kejar dalam Padang Wilayah Persekutuan vs Pulau Pinang

Kalau korang tengok siaran langsung SUKMA acara bola sepak semalam mesti korang nampak pengadil kena kejar di atas padang. Semalam berlangsungnya perlawanan separuh akhir Wilayah Persekutuan menentang Pulau Pinang di Stadium Uitm yang menyaksikan insiden itu berlaku. Mohd Danial Irfan Mohd Nadzri berjaya menyempurnakan sepakan penalti minit ke-37 untuk gol tunggal perlawanan.


Pengadil Kena Kejar dalam Padang Wilayah Persekutuan vs Pulau Pinang


Pengadil Kena Kejar dalam Padang Wilayah Persekutuan vs Pulau Pinang

Insiden tersebut bermula apabila pemain wilayah persekutuan dilayakkan kad merah pada minit ke 88. Tindakan itu membuatkan pegawai pasukan tersebut marah lalu berlari masuk padang dan mengejar pengadil kerada tidak berpuas hati.

Pengadil kena kejar itu pula terpaksa lari bagi menyelamatkan diri dan kita juga menyaksikan pihak polis turut sama meleraikan pergaduhan tersebut.

Tindakan pegawai Wilayah Persekutuan itu pastinya mengundang padah dan boleh dikenakan hukuman oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta penganjur Sukma edisi ini.

Final akan berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras, Jumaat ini yang menyaksikan Terengganu vs Pulau Pinang.

Previous Post Next Post