Pasukan Liga Super Nak Bawa Balik Luqman Dari Belgium

Pasukan Liga Super Nak Bawa Balik Luqman Dari Belgium. Dikatakan terdapat pasukan-pasukan dalam liga super mahu membawa balik Luqman Hakim Shamsudin dari Belgium. Ia berikutan saingan liga super musim hadapan akan di sertai 18 pasukan dan sudah pasti makin kompetatif berbanding musim sekarang ini.


Pasukan Liga Super Nak Bawa Balik Luqman Dari Belgium


Pasukan Liga Super Nak Bawa Balik Luqman Dari Belgium.

Antara pasukan yang disebut-sebut mahu mendapatkan Luqman adalah KL City, Selangor FC, Kelantan FC dan juga Perak FC. 

Pasukan kelantan secara terang-terang memaklumkan yang mereka akan cuba mendapatkan penyerang berkenaan dan memberi minit permainan kepada Luqman.

Cuma sekarang ini terpulang kepada Luqman sama ada mahu terus kekal di luar negara atau pulang ke tanah air untuk mencerahkan peluang untuk dirinya mewakili skuad kebangsaan di bawah kendalian Kim Pan Gon. 

Luqman, 20, muncul pemain tempatan pertama menandatangani kontrak bersama kelab utama Eropah apabila memilih KV Kortrijk di Belgium selama lima musim bermula 2020.

Selepas dua tahun di sana, Luqman dilihat lebih banyak beraksi bersama skuad bawah 21 (B-21) kelab terbabit dengan dia sudah merekodkan beberapa gol buat pasukan.


Previous Post Next Post