Pahang Kalah Mengejut selepas kebangkitan menarik

Pahang Kalah Mengejut selepas kebangkitan menarik. itulah yang sesuai diperkatakan buat anak buah dollah salleh dan fandi ahmad ini. Mereka yang bermain baik selepas dua pengendali ini mengambil alih pasukan dan sekarang ini prestasi mereka mula merudum kembali. kali ini mereka kalah 0-2 kepada KL City di stadium Darul Makmur.  


Pahang Kalah Mengejut selepas kebangkitan menarik


Pahang Kalah Mengejut selepas kebangkitan menarik

Pasukan tuan rumah bermula garang apabila pemain mereka David Rowley melakukan percubaan awal selepas 30 saat sahaja perlawanan bermula. Pahang bermain garang tetapi ketumpulan mereka membawa bola ke final third menjadi kesukaran utama mereka dalam perlawanan ini.

Selepas itu tiada lagi percubaan yang berbahaya dilakukan pemain tuan rumah dalam usaha mendalului pasukan lawan.

Gol kl city muncul pada minit ke 31 menerusi pemain Haqimi Azrin dan gol tersebut kekal sehingga babak pertama selesai.

Bermula babak kedua, pasukan pahang lebih mendominasi perlawanan namun KL City yang berjaya mendapatkan gol mereka dan kali ini menerusi Zhafri yahya pada minit ke 72. Keputusan akhir kekal Pahang 0 -2 KL City.


Previous Post Next Post