Biodata Fuad Rahman, Peserta Gegar Vaganza 9

Siapa Fuad Rahman? Penyanyi dari singapura dan juga peserta gegar vaganza 9 ini mempunyai suara serak basah yang menjadi perhatian para peminat musik tanah air. 

Selain Fuad, kita juga ada peserta lain dalam gegar vaganza 9. Antaranya adalah Jaclyn Victor, Tom, Shila Amzah, Dina Nadzir, Pat Candy dan Haida Hasnan.

Kita juga ada Bob Yusof, Asheed (Def Gab C), Hazrul Nizam, Roy Kapilla, Tomok dan kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb, Hakim). Jom kita berkenalan dengan penyanyi terkenal ini.


biodata fuad rahman


Biodata Fuad Rahman

 

Nama penuhnya adalah Mohamed Fuad Bin Abdul Rahman dan kini dia berusia 43 tahun. Fuad sangat terkenal di singapura dan lagu popularnya adalah Bila Rindu yang mana dia berduet dengan Mira. 

Ketika di temubual oleh media singapura, fuad pernah berkata yang dia seram sejuk bila dapat tahun senarai peserta gegar vaganza 9 kali ini.

"Bila nampak mereka sewaktu sidang media macam seram sejuk jugalah tapi Fuad anggap ada baiknya, ada tak baiknya. Yang baiknya saya boleh minta mereka kongsi petua dan bertukar pendapat. Fuad rasa bertuahlah dapat membawa bendera Singapura dengan Hazrul Nizam,” ujar Fuad, yang terkenal dengan lantunan 'suara jantan'.

Instagram : Instagram Fuad

Info Kerjaya Fuad Rahman.

Fuad merupakan naib Juara program realiti Singapura, Anugerah 2003 dan dia juga pernah melalui episod hitam apabila dia di penjarakan kerana dadah. Selepas keluar dari penjara, Fuad mendapat tawaran merakam OST drama Kosmopolitan.

Nama fuad melonjak naik selepas lagu BILA RINDU nyanyian asal penyanyi rock Malaysia 80an, Azman. Kalau dari sini pun kita dah boleh agak yang fuad rahman ni mempunyai ramai peminat di singapura. Tak mustahil ramai juga peminatnya di Malaysia.

Akhir sekali, aku tak sabar nak tengok persembahan kedua Fuad dalam gv 9 nanti. oleh itu jangan lupa untuk saksikan persembahan mereka di saluran Astro Ria pada 25 September 2022 nanti. Berikan sokongan anda kepada semua peserta yang bertanding tau.

Good Luck Fuad!

Previous Post Next Post