Forestieri Bagi Hadiah Untuk YB Sanusi

Forestieri Bagi Hadiah Untuk YB Sanusi.. Kita sedia maklum mengenai perseteruan antara MB Kedah dan JDT memang sering menjadi bualan media dan netizen. Sebelum perlawanan final piala fa baru-baru ini, YB Sanusi telah mengatakan yang satu Malaysia akan sokong terengganu dan hanya orang johor sahaja yang akan sokong jdt.


Forestieri Bagi Hadiah Untuk YB Sanusi


Forestieri Bagi Hadiah Untuk YB Sanusi

Nampaknya statement itu mendapat perhatian dari pemain import JDT, Fernando Forestieri. Dia berkata;


"Saya hormati semua orang yang menyokong sesuatu pasukan. Tetapi apabila anda sudah mengatakan anda menyokong Terengganu FC (TFC), anda sokong TFC dan tidak (katakan) seluruh Malaysia perlu menyokong TFC.


"Tetapi perkara ini bagus kerana apabila saya masuk ke padang, saya mahu menang (Piala FA) hanya untuk dia (Sanusi). Jadi piala ini untuk dia," katanya.


Forestieri memuat naik post pada akaun Instagramnya dengan mengucapkan terima kasih kepada Sanusi atas 'sokongan' yang diberikan sekali gus menyaksikan skuad Harimau Selatan berjaya menjulang Piala FA buat kali kedua.


"Ini untuk sahabat, Muhammad Sanusi Md Nor. Terima kasih atas sokongan ada. Nikmati piala ini," katanya.

Previous Post Next Post