Bukan Taktikal masukkan Shahrul Nazeem - Kim Pan Gon

Bukan Taktikal masukkan Shahrul Nazeem - Kim Pan Gon. Semalam kita dapat melihat Pemain pertahanan muda selangor, Shahrul Nazeem mendapat debutnya untuk skuad kebangsaan. Namun tindakan jurulatih kim pan gon membuat pertukaran tersebut amat mengejutkan pemina bola sepak tanah air.

Bukan Taktikal masukkan Shahrul Nazeem - Kim Pan Gon


Bukan Taktikal - Kim Pan Gon

Ini kerana Shahrul Nazeem di masukkan dan diletakkan di bahagian hadapan iaitu bahagian tengah berbanding posisi asalnya di bahagian pertahanan. 

Tampil menjelaskan pertukaran tersebut, pan gon berkata ia bukan taktikal pasukan. sebaliknya untuk mengimbangi pasukan lawan yang mempunyai lebih ramai pemain berbadan besar.  

“Keputusan memasukkan Shahrul Nazeem pada posisi tengah bukan disebabkan taktikal.”


“Saya perlu meletakkan pemain yang memiliki fizikal yang baik walaupun memang ada pilihan (Mukhairi dan Zhafri) turut berada pada bangku simpanan,” jelasnya kepada MakanBola.

Ramai terkejut sebab masa tu semua ingat nak menyerang tetapi dia bawa masuk defend. Tapi betul juga tindakan coach ni. kalau tidak, team mesti tak seimbang.

Apa-apa pun tahniah Shahrul sebab dapat debut untuk skuad senior semalam!

أحدث أقدم