"Berkemungkinan tahun terakhir saya" -Nafuzi Zain

"Berkemungkinan tahun terakhir saya" -Nafuzi Zain/ Itu yang diluahkan jurulatih TFC itu selepas aksi perlawanan liga super menentang penang fc berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Terengganu. \

"Berkemungkinan tahun terakhir saya" -Nafuzi Zain


"Berkemungkinan tahun terakhir saya" -Nafuzi Zain

Nafuzi yang telah membimbing Terengganu selama 3 musim sebagai jurulatih pasukan mengulas mengenai kain rentang ber tanda pagar #nafuzistay yang dipasang oleh penyokong terengganu dalam perlawanan tersebut. 

Nafuzi berkata;

"Saya begitu terharu dan berterima kasih kepada peminat setia TFC yang menyokong saya dari awal musim lagi, atas sokongan penyokonglah saya berada disini. Ini satu penghargaan besar kepada saya dan sampai sekarang pun mereka tetap menyokong dan bersama dengan saya.



"Tapi saya tidak menolak kemungkinan besar musim ini tahun terakhir saya bersama TFC, itu sahaja yang boleh saja jelaskan setakat ini, maknanya berkemungkinan besar saya akan berhijrah bersama pasukan lain.

"Saya di sini pun (bersama TFC) belum mendapat apa-apa lagi tawaran, jadi sebagai jurulatih demi karier saya untuk membuat persediaan awal, inilah masa sesuai untuk saya mencari pengalaman baharu bagi mengembangkan lagi karier sebagai jurulatih," katanya ketika ditemui selepas berakhir perlawanan itu.


"Berkemungkinan tahun terakhir saya, mungkin terjadi, jadi kita lihat nanti macam mana, tapi saya sangat sayangkan Terengganu, keluarga saya pun suka tinggal di sini.


"Tapi demi karier, saya perlu cari cabaran baharu, cukuplah rezeki saya selama ini di sini (Terengganu), ada pahit dan manis, apa-apapun saya akan berusaha memberikan yang terbaik buat TFC untuk layak ke final Piala Malaysia dan pentas Asia," katanya.

Previous Post Next Post