Biodata Asheed, Peserta Gegar Vaganza 9

 Peserta Gegar Vaganza 9, Asheed merupakan seorang penyanyi lagenda dari kumpulan Def Gab C yang mencuba nasib bagi mengembalikan zaman kegemilangan kumpulan tersebbut.

Selain asheed Peserta lain yang terlibat adalah seperti Tom, Shila Amzah, Dina Nadzir, Pat Candy, Jaclyn Victor dan Haida Hasnan.

Manakala peserta lelaki pula terdiri daripada Tomok (New Boyz), Bob Yusof, Roy Kapilla, Fuad Rahman (Singapura), Hazrul Nizam dan Kumpulan VE.


biodata asheed


Biodata Asheed Def Gab C

 

Pemilik nama penuh Mohd Ashid Bin Ahmad dan lebih dikenali dengan nama asheed kini berusia 42 tahun. Dia pernah berkahwin dengan Sharifah Noor Shima namun begitu hubungan mereka tidak kekal lama. Mereka kini telah berpisah. 

Kalau korang pernah tengok sehati berdansa, korang kenallah pasangan itu. Kini Asheed telah berkahwin dengan Hafizah pada tahun 2012 dan dikurniakan 4 orang anak. Dia juga aktif sebagai penyanyi sejak tahun 1999 sehingga sekarang tau.

Instagram : instagram Ashed Def gab c

Fakta menarik

Antara lagu popular yang pernah dinyanyikan adalah Marilah Maria, Ibu Kota Cinta, Cinta Sakti. Ashid pernah menjadi vokalis kumpulan Mahsuri awal 90an, sebelum bersama Def Gab C.

Kumpulan DeF-Gab-C merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu yang bernuansa hard rock dengan sentuhan punk, emo/gothic dan pop rock.

Nama kumpulan ini dikatakan diilhamkan oleh JS Kevin, seorang penggubah dan penulis lirik lagu rock yang terkenal sekitar 80-an dan 90-an. JS Kevin bersama Joe Wings merupakan antara individu terawal membantu meluncurkan kumpulan ini ke persada arus perdana setelah sebahagian mereka pernah bersama beberapa kumpulan rock mediocre pada awal 1990an.

Hanya pada 1997 kumpulan ini berjaya merakamkan album sulung mereka sendiri yang berjudul Citarasa. Album sulung Def-Gab-C ini menampilkan beberapa lagu berbahasa Inggeris dan sebahagian lirik dalam bahasa Melayu ditulis oleh Bob Lokman. Single Ibukota Cinta meletakkan nama kumpulan ini sebaris dengan kumpulan hard rock sedia ada dalam waktu yang singkat.

Akhir sekali, Selepas menonton persembahan pertama ashid di pentas gegar vaganza 9. Kita berharap agar dia terus berusaha bagi meningkatkan prestasinya bagi memburu top 4 bersama dengan peserta-peserta lain. Bukan mudah untuk bersaing dalam gv ni. 

Mungkin minggu pertama, masih tak biasa dengan suasana kot. Jangan risau, kami terus menyokong anda.

Semoga berjaya!

Previous Post Next Post