Stadium Darul Makmur, Venue Final Piala Fa?

Stadium Darul Makmur, Venue Final Piala Fa? Sejak penutupan stadium bukit jalil bagi kerja-kerja pembaikan, ramai peminat bola sepak mula memberi cadangan kepada MFL untuk mencari venue perlawanan akhir yang akan berlangsung nanti.

Stadium Darul Makmur, Venue Final Piala Fa?


Stadium Darul Makmur, Venue Final Piala Fa?

 Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli melihat Stadium Darul Makmur sebagai venue paling sesuai untuk diadakan aksi final Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC, hujung bulan ini.

"Ada beberapa aspek perlu diambil kira sebelum penentuan stadium untuk perlawanan akhir diadakan.


"Paling utama, ia harus bersifat 'neutral' supaya memberi keadilan buat pasukan dan penyokong masing-masing. Kemudian dari soal logistik iaitu membabitkan pergerakan penyokong untuk hadir ke stadium.



"Sudah pasti Stadium Nasional Bukit Jalil pilihan terbaik tetapi jika ia tidak boleh digunakan disebabkan padang, saya mengesyorkan Stadium Darul Makmur sebagai pilihan paling ideal.


"Disebabkan kedua-dua pasukan adalah berjiran dengan Pahang, jadi amat sesuai Stadium Darul Makmur dipilih. Lagipun kapasiti sejumlah 30,000 cukup dan padang pun cantik," katanya ketika dihubungi.



Previous Post Next Post