Sri Pahang Perlu Konsisten

Sri Pahang Perlu Konsisten. Pasukan yang sedang meningkat naik ini diminta untuk terus memberikan persemabahan terbaik mereka menjelang pertemuan dengan pasukan KL City nanti.


Sri Pahang Perlu Konsisten




Sri Pahang Perlu Konsisten

 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, "SPFC berbangga dengan pencapaian dipersembahkan barisan kejurulatihan dan pemain selepas bermula dengan aksi kurang memuaskan.

"Namun, kebangkitan dipersembahkan pada lima perlawanan tanpa tewas membuktikan Sri Pahang sudah bersedia dan mampu memberi tentangan.


"Oleh itu, SPFC harap aksi cemerlang ini dapat dipersembahkan secara berterusan pada lima baki perlawanan nanti," katanya.


Mohammed Suffian berkata, empat daripada lima baki perlawanan di Stadium Darul Makmur diharap dimanfaatkan sebaik mungkin skuad kendalian Datuk Dollah Salleh.


Katanya, kelebihan itu tidak seharusnya dipersia-siakan terutama sebagai persediaan menghadapi saingan Piala Malaysia nanti.

Previous Post Next Post